Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 PERMAINAN MEMBUNUH,DEMI DUIT

NYAWA GALANG GANTINYA.

Oleh kerana terlalu ramai yang berkongsi dilaman sosial mereka dan menyebabkan siri terbaru dari Korea ini heboh diperkatakan dan Trending di setiap negara.Squid Game merupakan siri Korea 9 Episode dengan durasi standard, yang mengangkat genre drama survival thriller dimana perlu menyelamatkan diri dari permainan yang membunuh dari peringkat pertarungan permainan yang dihadapi.Apabila menonton Squid Game mungkin anda akan teringat filem dari Jepun seperti Battle Royale,As The God Will ataupun siri Jepun yang lebih kurang sama konsepnya, Liar Game.Mungkin kalau filem dari Amerika, ada mirip The Hunger Games & Escape Room.Tidak dinafikan Squid Game tampil dengan banyak adegan yang brtul dan menyadiskan tapi masih ditahap sederhana. dan tidak keterlaluan.Yang pasti siri ini telah diklasifikasikan 18 tahun ke atas di Netflix.


Sinopsis

Squid Game ini mengisahkan tentang Seong Ki-Hoon, seorang duda yang hidup dikelilingi hutang.Suatu hari, dia didatangi oleh seorang lelaki segak dengan gaya kot yang mengajaknya bermain ‘ddak ji’(game flip card) di tengah-tengah subway.Walaupun ditampar berkali-kali setiap kali kalah, Ki-Hoon sangat teruja bila dapat diberikan wang tunai apabila menang.Lelaki itu pun mengajaknya sertai Squid Game untuk menang lebih banyak wang lagi.Dengan situasi Ki Hoon yang terdesak perlukan wang demi mendapatkan hak penjagaan anaknya, tanpa berfikir panjang dia pun menyertai Squid Game .Tiba di era permainan,Ki-Hoon tersedar bajunya sudah ditukarkan dengan pakaian sukan serba hijau gelap dengan nombor 456.Di situ, Ki-Hoon berjumpa dengan peserta lain antaranya ialah seorang pakcik yang sudah berumur dengan nombor 001 dan rakan kolejnya Sang-woo bernombor 218.Semua peserta mempunyai latar belakang yang sama iaitu bebanan hutang yang cukup tinggi.Namun pada awalnya mereka tidak tahu yang nyawa mereka dipertaruhkan melalui permainan kanak-kanak.


Semasa menonton 'Squid Game', memang telah meletakkan ekspetasi rendah supaya dapat pengalaman menonton yang baik, syukur masih dapat menikmati keseronokkan permainan pembunuhan kejam yang ditampilkan dalam Squid Game oleh kerana ianya dari permainan traditional Korea sendiri yang diolah kedalam bentuk yang lebih mengerikan sedikit sebanyak dapat tahu permainan mereka.Boleh dikatakan siri ini mengangkat konsep permainan survival yang lebih ringan tapi padat menyebabkan penonton yang pertama kali ingin menonton filem survival games atau yang tak pernah menonton dapat menikmatinya .Jadi sudah tentulah siri ini senang untuk mendapat tempat di hati penonton dipasaran dengan cara yang lebih luas.Bukan sahaja tentang permainan malah elemen elemen yang ditambah kedalam cerita mengenai kehidupan yang dapat dihubung kaitkan dengan setiap orang melalui paparan kehidupan yang dilalui setiap hari yang sudah pastinya sangat dekat dengan mereka.Apabila elemen ini ditambah dan karakter karakternya sendiri juga mempunyai latar belakang yang menarik hebat dan akan membuat penonton mengambil berat tentang setiap karakter yang ada didalam siri ini.Sudah tentu siri Korea banyak menampilkan karakter yang seolah olah seperti wujud didunia nyata.Cara mereka mengolah dan menghidupkan karakter sangat baik ,bukan saja di siri ini malah di siri Korea lain pun begitu.Apabila penonton mula tercangkuk dek karakter yang paling senang di ambil berat perhatian maka dengan senang dan rela hati mereka menontonnya.

Premis siri ini yang sederhana diusahakan oleh Hwang Dong-hyuk mewakili kehidupan sosial dalam masyarakat, bagaimana manusia sanggup berjuang menyelesaikan hutang dan memperbaiki pembangunan ekonomi.Tapi apabila latar belakang peserta yang berbeza ianya menjadikan permainan lebih kompleks.Walaupun menuju ke motivasi yang sama para peserta untuk mencari duit, terdapat perbezaan yang ketara dalam kelas ekonomi kerana tidak semuanya berasal dari kelas menengah bawah.Kesedaran mereka juga hilang ketika mereka sudah mula timbul sikap  untuk menyingkirkan peserta lain. Sisi kemanusiaan mereka sudah tidak lagi wujud didalam jiwa mereka kerana terperangkap dalam satu lingkungan yang menyebabkan mereka perlu bertindak demi nyawa mereka sendiri(di episode akhir akan ada jawapan tentang kehidupan dan kemanusiaan).

Terus terang Squid Game merupakan siri Korea yang berbeza, tampil sederhana tapi menghiburkan masih banyak plot hole yang tidak diterangkan mungkin kerana mahu kembali dalam musim ke dua.Penceritaanya juga tidak terlalu kompleks , dan ada beberapa bahagian boleh diramal apa yang akan terjadi.Dari sisi ganas ,ianya ganas biasa sahaja tidak terlalu ganas seperti Liar Games, Battle Royal dan  As The God Wills.Percubaan yang baik dari Korea, walaupun terdapat banyak refference kepada filem dan siri yang sudah kita tonton dan mereka berjaya mengadaptasikan semua ini kedalam permainan tradisional mereka.Mungkin saja kami gemar dengan pembangunan karakter karakternya yang teliti .Jika anda inginkan keseronokkan cubalah menonton Squid Games masih tayang di NETFLIX!

Rating : 7/10


Post a Comment

Previous Post Next Post