Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 STAR WARS : VISION TAMPIL BERKUALITI
DENGAN PENGHORMATAN YANG BAIK


Star Wars Visions hadir dengan siri yang segar dan baharu serta penyimpangan yang membolehkan suara-suara baru masuk ke celah-celah kekosongan yang belum dimanfaatkan di alam semesta Star Wars yang sesak secara nyatanya. Tidak ingin menyentuh keterlibatan "Expanded Universe" akan tetapi, Star Wars Visions terasa seperti pemeriksaan awal dalam ujian yang lambat untuk masa depan Star Wars Disney, dari segi filem, pertunjukkan dan animasi pendek seperti ini yang tidak bergantung pada ekspilisit nostalgia dan hubungan tersirat dengan sembilan filem "Skywalker Saga. " Tetapi setakat ini, Visions menggunakan Star Wars sebagai lesen berimpian besar untuk alam semestanya yang pasti bukan tujuan untuk memanipulasi dan membohongi penontonnya.


Pengawalan Yang Baik 

Star Wars menampilkan episodnya dengan berdurasi yang cukup pendek. Rata-rata, kebanyakannya adalah antara 10 hingga 15 minit, dan ini sangat baik untuk rancangan yang kecil seperti ini .Ada beberapa episode yang akan tampil dalam musim pertama yang panjangnya sekitar 20 minit , dan selebihnya episode dari musim pertama akan berdurasi seperti dinyatakan diatas.Star Wars : Vision juga mempunyai animasi yang cantik dan pengisi suara yang hebat , bahkan melihat animasinya saja sudah cukup menarik perhatian untuk menonton sirinya sehingga habis.Bukan itu sahaja malahan para penonton atau peminat Star Wars akan menikmati siri ini dengan baik,sudah tentu juga peminat akan menghargainya dan terdapat pelbagai referensi / homage kepada filem star wars yang terdahulu.Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kekecewaan kerana momentum episodenya tidak konsisten ,animasinya yang dibuat berlainan juga kekadang ada terasa compang campingnya.Tetapi kekecewaan ini tidak besar kerana masih dapat menikmati penceritaan yang dipersembahkan.Episode 1-6 dipersembahkan dengan baik dan bersahaja serta boleh dipuji kerana memberi penghormatan kepada filem filem Star Wars yang sebelum ini terlihat klasik dan mahal.

Episode 7 Yang Kurang Memberi Kesan

Episode 7 siri ini daripada studio yang membuat  Darling in the Franxx, Littl Witch Academia,SSSS. Gridman. Tapi kualiti produksinya  untuk episode ini amat mengecewakan.Animasi pada permulaanya terlampau kaku & tak berapa menarik apabila berdialog. Pada adegan aksi pula animasi dia boleh diterima tetapi tidak beberapa dinamik ketika adegan fight coreographynya. Plot nya pula tidak rasa seperti penggembaraan yang unik. Penceritaanya hanya seperti  episode filler biasa anime dengan pendedahan Old Man yang agak kurang menarik dan pada masanya juga banyak plot yang tidak diolahkan dengan baik. Mereka telah membangunkan Oldman tersebut dengan mengatakan bahawa ianya adalah ancaman paling bahaya namun apabila perlawanan bermula, Oldman hanya berlawan dengan babak yang biasa dan pernah dilihat dalam adegan sebelum ini.


Antara Episode Menarik 

Rekomendasi dari Johan 
Ep 8 - Lop and Ocho

-Animasinya amat dynamic dan sangat teliti. Setiap bapak penuh dengan kelembutan animasi .Plot nya tersusun dan penuh dengan detik yang mengolahkan cerita Star Wars dan juga digabungkan kepada ceritanya sendiri dengan elemen-elemen jepun tanpa menggunakkan ceritera Jedi.

-VA setiap watak amat memenuhi jiwa kedua-kedua English dan Japanese.

Ep 9 - Akakiri

-Jalan cerita amat memuaskan dan ianya mengembangkan cerita seperti yang terjadi kepada Anakin Skywalker apabila cintanya Padme ditakdirkan untuk mati. Kedua-dua Tsubaki & Anakin ingin mengubah takdir dan dihasut oleh Dark side akhirnya.Animasi juga amat dynamic dan fluid walaupun detail tidak seperti yang lain penggunaan cahaya juga amat cantik apabila digunakan dengan betul plot twist juga walaupun boleh diagak, akhirnya ianya juga tetap susah diterima dalam cara baik.

STAR WARS : VISION kini boleh ditonton kesemua episode di Disney+ Hotstar

Rating : 8/10


Post a Comment

Previous Post Next Post