MISI AKHIR DANIEL CRAIG
SEBAGAI JAMES BOND!
Sumber : United international Pictures Malaysia |
No Time to Die mungkin antara filem yang sudah lama tertangguh akibat pandemik. Nasib baik juga rakyat Malaysia dapat menontonnya di pawagam untuk merasai sinematik dan persembahan terakhir Daniel Craig pada 25 November 2021.Filem ini juga meneruskan konflik dalam filem sebelum ini iaitu Spectre (2015).No Time to Die memberikan satu nuansa aksi hebat dan cukup ruang penceritaan yang dibawakan dengan baik sehingga ke penghujung filemnya.Terima kasih kepada United International Pictures Malaysia memberi ruang,peluang dan mempercayai Rekomen Filem untuk hadir ke Gala Premierenya serta membuat review untuk filem yang baik ini.
Sumber : United international Pictures Malaysia |
Filem ini bermula dengan adegan aksi yang mendebarkan dan tidak berhenti memacu adrenaline penonton dan membawa penonton menggembara bersama James di awal pembukaannya,sedikit sebanyak membuatkan penonton terasa vibesnya seperti menonton adegan awal Casino Royale . Secara tidak sedar penonton hanyut 1 jam pertama dengan aksi dan konflik James & Madeleine yang menjadi daya tarik utama filem ini.Filem yang berdurasi 2 jam dan 43 minit, filem ini tidak terasa bersimpang siur oleh kerana penceritaanya yang konsisten dan adegan aksi yang mendebarkan muncul di layar. Filem ini mengekalkan mood anda untuk fokus kepada cerita dan aksinya oleh kerana plotnya yang ringkas tetapi dieksekusi dengan baik dan menarik.Walaupun beberapa adegan seterusnya dapat diramal tetapi ada beberapa adegan kejutan yang akan mengejutkan penonton.Hal itu sudah banyak kali terjadi didalam filem filem James Bond sebelumnya dan ianya bukan satu masalah besar, walhal ianya akan menjadi lebih menarik kerana penonton dapat apa yang mereka inginkan.AKSI YANG PADAT!
Sumber : United international Pictures Malaysia |
Sumber : United international Pictures Malaysia |
Rami Malek adalah pelakon yang serba boleh.Tetapi kecewa sedikit disini untuk karakter antagonis/villain yang muncul diam penuh dendam dan ideologi jahatnya tampil dengan latar belakang yang kurang jelas dalam perkembangan dan pembangunan karakternya.Walaupun begitu, kita masih dapat merasakan kehangatannya sebagai Safin dengan tampak muka ganasnya melecur itu yang sangat menjanjikan.Tetapi seperti diperkatakan tadi motif dan pembanungan karakternya tampak kurang ,sederhana dan bersahaja.
Sumber : United international Pictures Malaysia |
Post a Comment