Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Sumber Sony Pictures Malaysia

Venom : Let There Be Carnage adalah filem sekuel kepada Venom(2018) mengisahkan tentang Eddie Brock yang masih bergelut untuk hidup bersama dengan simbiot alien Venom luar angkasa yang berubah bentuk. Apabila pembunuh bersiri yang gila Cletus Kasady juga menjadi tuan rumah kepada simbiot alien Carnage,Brock dan Venom kini dalam misi untuk menghentikan keganasan yang tidak seharusnya muncul dan memerintah dunia.

REVIEW :

Kesinambungan dari sekuel kelam 2018, Venom : Let There Be Carnage menampilkan kembali Eddie Brock (Tom Hardy) & Venom yang akan berdepan dengan situasi yang lebih mengerunkan untuk mereka dimana Carnage anak kepada Venom kini menguasai tubuh seorang pembunuh bersiri yang bernama Cletus Kasady(Woddy Harrelson).“Venom: Let There Be Carnage” menampilkan banyak hal didalam ceritanya: sekuel buku komik blockbuster, komedi rakan yang tidak bersesuaian, sebuah filem yang bertindak berlebihan tetapi masih dalam lingkungan sedar diri. 

Selain semua itu juga filem ini mempaparkan kisah cinta.Bukan kisah cinta antara Eddie Brock dan Michelle Williams , bahkan antara Carnage yang jahat lakonan Woody Harrelson dan Shriek mutan Naomie Harris,dan juga antara Eddie dan simbiot raksasa yang tinggal di dalam dirinya, Venom.Venom belajar erti kekeluargaan-perhubungan sama juga dengan Eddie yang akan merasakan Venom perlu ada didalam hidupnya setelah Eddie hilang emosi didalam adegan menghalau Venom keluar dari tubuh badannnya.Terus-terang filem ini ada impian untuk menjadi filem adiwira yang kelihatan gah dan berkuasa ,tetapi sayangnya sekuel filem ini lebih hambar dari filem pertamanya melainkan aksi lawan Venom-Carnage yang menyegarkan.

Sumber Sony Pictures Malaysia

Let There Be Carnage tidak mempunyai pembangunan dunianya yang terperinci, pembangunan karakternya yang hanya separa-separa asal ada dengan durasi filem 1 jam 38 minit ini diikuti penceritaan yang cepat(standard), sehingga kita tidak dapat merasakan pembangunan karakter Carnage & Shriek tidak diceritakan dengan baik.Sekadar mengenali mereka sebagai villain terus dipaksakan adegan Eddie dan Venom terpaksa berpisah dari tubuh kerana Eddie berasa terseksa Venom berada dengannnya.Konflik Eddie & Venom yang bersahaja juga diiringi konflik emosi/dendam Cletus kepada Eddie yang akan mencetuskan peperangan antara Carnage - Venom.

Komedi yang diletakkan dalam filem ini biasa sahaja boleh menghiburkan antara Eddie dan Venom yang banyak berceloteh sesama mereka, skrip yang terasa agak spontan,skoring muzik yang biasa sahaja.Pada plotnya yang senang difahami mungkin penonton diluar sana senang untuk mengikuti kisah ini dan dalam waktu yang sama dapat menikmati aksi padat dalam filem ini.Bukan itu sahaja , penonton akan menyukai kedua-dua makhluk simbiot ini apabila mereka bertarung dengan sound sistem pawagam yang baik dan skrin yang luas.Memang menarik.

Sumber Sony Pictures Malaysia

Peminat komiknya kalau kecewa dengan filem pertamanya mungkin akan kecewa dengan filem keduanya yang dibuat hanya sekadar untuk memasukkan karakter Villain,untuk bersaing/membalas dendam dengan Venom disini.Kisah Eddie  yang masih berada dalam zon yang sama seperti filem sebeumnya, tidak selesa bersama Venom yang akhirnya menggunakan Venom kembali untuk berdepan dengan Carnage.Adegan aksinya agak panjang di penghujung ceritanya dan ianya memuaskan,walaupun CGI nya kelihatan murah tapi masih dapat menikmatinya dengan baik.Disini kita dapat melihat Villain,Carnage adiwira yang kita memang sedia maklum sangat kuat dan jahat tidak dieksposisi dengan baik dan ianya bersahaja.Tetapi lakonan Woody Harrelson sebagai Carnage dipersembahkan dengan baik berbanding Eddie Brock oleh Tom Hardy.Apapun masih berbaloi untuk menonton aksi lawan Venom-Carnage dilayar lebar pawagam !

VENOM 2 : LET THERE BE CARNAGE tayang di pawagam seluruh Malaysia pada 11 November 2021,tiket boleh dibeli secara awal didalam talian aplikasi GSC & TGV.Tayangan spesial peminat TGV Sunway Pyramid juga akan diadakan 6 November ini ,tiket juga sudah tersedia untuk dibeli.

Rating 6/10



Post a Comment

Previous Post Next Post