Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 HARRY POTTER: HOGWARTS TOURNAMENT OF HOUSES

MULA DISTRIM PADA ISNIN, NOVEMBER 29 DI HBO GO

HBO GO ASIA

KUALA LUMPUR/MALAYSIA, November 17, 2021 – Tayangan perdana pada Isnin, November 29 di HBO GO, Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses, yang dihoskan oleh pelakon pemenang Anugerah Akademi, Helen Mirren, adalah sebahagian daripada perayaan magis untuk meraikan ulang tahun ke-20 filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Peminat Malaysia boleh menonton filem di Cartoon Network (Astro Ch 615) setiap Sabtu jam 8 malam atau menstrim semuanya di HBO GO.

Ahli pelakon Harry Potter Tom Felton, Simon Fisher-Becker, Shirley Henderson, Luke Youngblood, dan ramai lagi akan membuat penampilan kameo istimewa bersama peminat selebriti Pete Davidson, dan Jay Leno dalam acara istimewa empat-bahagian ini.

Pertandingan ini akan menampilkan peminat yang mewakili rumah Hogwarts mereka masing-masing dalam pasukan bertiga dan bersaing dalam empat pertandingan epik menjawab ratusan soalan trivia Wizarding World dengan bantuan daripada penonton secara langsung. Saksikan di HBO GO pasukan mana yang paling berpengetahuan tentang latar belakang Harry Potter dan yang akan membawa pulang trofi kejuaraan Hogwarts Tournament of Houses. Lihat di bawah untuk jadual lengkap kejohanan ini:

 

Gryffindor vs. Hufflepuff, Isnin, November 29

Ravenclaw vs. Slytherin, Isnin, Disember 6

The Wildcard Round, Isnin, Disember 13

The Grand Finale, Isnin, Disember 20


Para peminat juga dijemput untuk melawati laman web, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut yang telah memulakan fenomena teatrikal global ini, dan merebut koleksi Wizarding World eksklusif Spin Master dan permainan papan edisi khas Mattel - Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air di sini.

Jangan lupa untuk mengikuti dan berkongsi semua keterujaan di media sosial dengan #20YearsofMovieMagic.

Strimkan Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses dan semua filem Harry Potter di HBO GO. Langgani HBO GO di https://www.hbogoasia.my/ ataupun melalui App Store or Play Store dengan harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV - serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Tonton trailer  Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post