Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement
Sumber dari Sony Pictures Malaysia

Morbius merupakan salah satu daripada beberapa projek spin-off Spider-Man yang dikendalikan oleh Sony Pictures. Sama seperti Venom, filem Morbius juga masuk ke dalam universe yang dibuat oleh Sony Pictures, iaitu Sony Pictures Universe of Marvel Characters.Filem Morbius akan mengisahkan tentang seorang ilmuwan bernama Michael Morbius yang berubah menjadi vampire. Karakter Morbius dilakonkan oleh pelakon popular Jared Leto, yang juga pernah melakonkan watak penjahat Joker dari dunia DC. Sebelum filemnya ditayangkan, ketahui lah apa saja faktor menarik tentang MORBIUS!

Asal usul Morbius, Vampire yang dahagakan darah

Michael Morbius adalah seorang ilmuwan cerdik & genius yang pernah menerima penghargaan nobel sebagai ahli biokimia. Sayangnya dia telah menderita penyakit langka (menganggu kehidupan) yang berkaitan dengan darah. Penyakit tersebut menyebabkan tubuhnya menjadi lemah.Demi menyembuhkan penyakitnya tersebut, Morbius pun mula melakukan eksperimen dengan melibatkan eksperimennya dengan spesies kelawar. Eksperimen tersebut memang menyembuhkan penyakitnya, tetapi perkara tersebut akhirnya membuatkan dia berubah menjadi vampir yang dahagakan darah.

Berkait dengan Spider-Man tetapi tidak berkait dengan Marvel Cinematic Universe (MCU)

Walaupun tak secara langsung menjadi sebahagian dari Marvel Cinematic Universe, namun setelah konsep multiverse diperkenalkan, filem Morbius tetap seakan akan bakal bersentuhan dengan MCU. Dalam trailernya, kita diperlihatkan dengan beberapa unsur yang berbaur Spider-Man.Bermula dengan gambar Spider-Man versi Tobey Maguire, sehingga pembaca surat khabar Daily Bugle.

Karakter Morbius mempunyai peluang besar untuk muncul di MCU, khususnya dalam filem Blade yang akan ditayangkan pada tahun depan kerana, Blade merupakan salah satu watak Marvel yang dikenali sebagai pemburu vampire. Uniknya, Morbius pernah tampil sebagai penjahat utama dalam filem Blade 2 (2002).

Kekuatan & Kemampuan Morbius

Perubahan ini adalah hasil eksperimen ilmiah dan bukan dari sumber mistik atau supernatural. Inilah yang membuat Morbius menjadi vampir hidup. Selain itu, dia juga mengalami peningkatan dari segi sensitiviti pada deria, termasuklah sensitif terhadap cahaya, dan sentiasa hauskan darah. Morbius juga tidak dapat dilawan oleh perkara yang mistik kerana sumber kekuatannya yang lebih bersifat sains.

Selain keinginan yang dibuat itu menghirup darah manusia, Morbius ini mempunyai kekuatan dan kuasa luar biasa seperti super humon, kelajuan, boleh terbang, dan ketahanan fizikal. Contohnya, Morbius ini boleh terbang dengan cepat dan boleh sembuh dalam tempoh yang sangat cepat. Morbius juga boleh menghipnosis atau memukau orang, di mana dia boleh membuatkan orang tunduk dengan keinginannya. Tidak sekadar itu, deria pendengaran Morbius juga meningkat dan tajam seperti kelawar. 

Morbius di dalam KOMIK

Memandangkan dia mula-mula membuat debutnya pada tahun 1971 The Amazing Spider-Man keluaran #101 oleh Roy Thomas dan Gil Kane, Morbius ialah seorang anti-wira yang tragis dan kadang-kadang juga seorang penjahat, yang menghalangi garis antara yang baik dan yang jahat ketika dia berjuang untuk mengekalkan kecenderungan vampirnya.

Pencarian beliau untuk penawar kepada keadaan vampiriknya telah membuatkan dia berkali-kali bertengkar dengan Spider-Man. Sehingga tahun 1992 apabila watak itu menerima buku komik solonya sendiri dengan Morbius The Living Vampire, dia benar-benar mula menjadi anti-wira dengan terlibat dengan kumpulan ghaib, Midnight Sons. 

Perbezaan Morbius filem & komik?

Untuk mengetahui apa bezanya filem & komik Morbius anda semua wajib untuk menyaksikan filem Morbius yang akan tayang di pawagam Malaysia bermula 31 Mac 2022!

Tonton trailer MORBIUS disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post