Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Sumber : Netflix Malaysia

Netflix, The Adam Project adalah filem sains fiksyen yang menyeronokkan walaupun sederhana dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga dihari minggu.Plot ceritanya yang tidak rumit membuatkan ianya agak sesuai ditonton bersama dengan santai untuk mengisi kelapangan waktu.The Adam Project sudah tersedia di platform penstriman Netflix!

Sentuhan pengarah Shawn Levy cuba memberikan nuansa baru dalam tema sains fiksyen ini ternyata tidaklah begitu baharu , kerana kita sudah lihat beberapa filem sebelum ini dengan tema dan konsep yang sama.The Adam Project setidaknya dibikin dengan penuh hati dengan beberapa adegan yang menyegarkan mata ketika menonton.Ketika menontonnya, saya sudah meletakkan sejauh mana saya ingin berekspetasi ketika menonton filemnya.Boleh dikatakan filem "popcorn" yang cuba jadi sesuatu yang berlainan alih-alih kembali kepada jalan kekliseannya kembali.

Sumber : Netflix Malaysia

Untuk sesuatu momen yang luar biasa mengejutkan kurang ada didalam karya ini.tetapi penonton boleh menantikan beberapa gurauan /telatah yang comel antara Adam Reed versi masa depan Ryan Reynolds dan Adam Reed lakonan Walker Scobell di zaman kanak kanaknya.Terlalu skeptikal karakter yang dipegang oleh Ryan Reynolds pada awalnya kerana dia seperti melakonkan karakternya sendiri sepeti kita melihat filem - filem sebelum dalam Red Notice,Deadpool & lain - lain.

Gandingan Ryan & Walker sebagai pasangan duo dalam menyelesaikan sebuah misi didalam The Adam Project terlihat "selesa" ketika berganding bersama.

Sumber : Netflix Malaysia

The Adam Project mungkin kurang baik dari segi pembikinan,penceritaanya & skripnya tetapi ianya masi memberikan hiburan yang menarik untuk ditonton.Setidak-tidaknya The Adam Projec akan meninggalkan penonton dengan rasa terhibur dan akan melupakan aksi-aksi sederhana yang dipersembahkan dalam filemnya.

Rating : 6/10

Post a Comment

Previous Post Next Post