Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Fenomena siri musim pertamanya membuatkan ramai yang tidak sabar menantikan kisah selanjutnya dari "Bridgerton" dalam musim keduanya yang akan hadir di platform streaming Netflix pada 25 Mac ini.Kisah dramatik sebuah keluarga dalam pencarian cinta sejati mereka , akhirnya bertukar kekacauan ketika Lady Whistledown kembali memporak-perandakan keadaan.Kali ini apa yang anda akan lihat berbeza dengan siri pertamanya,kerana musim keduanya akan mengfokuskan kepada karakter Anthony Bridgerton untuk mencari pasangan hidupnya sekaligus ingin mencapai visinya menjadi pengganti ayahnya sebagai ketua keluarga!Tetapi Anthony bakal berdepan dengan banyak dugaan & cabaran yang bakal anda saksikan nanti!

Tema terbesar Bridgerton Musim 2 tidak berlegar - legar dalam kisah percintaan yang sepenuhnya, tetapi konsep keluarga dan setiap aspek dalam semua bentuknya. Musim kedua hadir dengan lebih dinamik & cantik oleh kerana kedua karakter utamanya memberikan sesuauty yang segar & bersungguh Anthony, yang menyaksikan kematian bapanya yang tidak dijangka, Edmund Bridgeton ketika itu usianya yang sangat muda, secara tidak disangka-sangka telah dimasukkan ke dalam jawatan kepimpinan sebagai ketua keluarga dan sejak itu dia berusaha untuk mengekalkan peranan itu untuk yang terbaik dari kemampuannya - walaupun ia bermakna mengorbankan kepuasannya sendiri dalam proses yang dia bangunkan itu. Sementara itu, Kate Sharma (Simone Ashley) hanya muncul bersama keluarganya ke dalam masyarakat untuk kepentingan adik perempuannya Edwina (Charithra Chandran), dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan hanya pasangan terbaik dipertimbangkan untuk perkahwinan tangan Edwina.Baginya, Viscount Bridgerton kelihatan seperti musuh yang tidak dibungkamkan, dan Edwina kelihatan terpesona dalam pertemuan awal mereka, tetapi Kate tidak serta-merta kagum walaupun dapat merasakan jelas jelas bahawa permusuhan yang ditunjukkannya terhadap Anthony mungkin hanyalah penyamaran sahaja.

Lebih banyak & luas gosip yang disebarkan , kali ini lebih banyak yang mainkan peranan penting.Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi oleh keluarga Bridgerton.Belum lagi kita mengupas kisha keluarga Featherington yang hadir dalam banyak karenah di siri musim keduanya.Bridgerton Musim 2 masih hadir dengan konsep busana yang cantik, perhiasan artistik yang memukau serta para pelakonnya yang hebat hebat belaka.Kali ini Bridgerton 2 memberi lebih banyak tanda tanya, sesuatu yang tidak kita jangkakan.Bridgerton musim dua juga akan memberikan kepuasan kepada penonton kerana ada banyak babak seks yang mengiurkan, perhubungan adik beradik yang lebih erat akan dipersembahkan & momen kedua dua keluarga akan dapat kita rasakan.

Nantikan Bridgerton Musim Ke 2 akan hadir di Netflix Malaysia pada 25 Mac 2022!

Tonton trailer disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post