Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement
Sumber dari A24 Studio

Semalam kami berkesempatan menghadiri tayangan istimewa filem terbaru Michelle Yeoh,Everything Everywhere All At Once yang dianjurkan oleh pihak Goggler MY,terima kasih diucapkan kepada Abang Bahir & Uma kerana sudi menjemput kami menonton filem ini di GSC 1 Utama.Pertama kali kita lihat di trailer, filem ini tampak menjanjikan visual yang luar biasa, bingit, *trippy* dan itulah yang bakal anda saksikan dalam Everything Everywhere All At Once (EEAAO)yang akan hidangkan kepada para penonton. Bagi peminat-peminat filem adventure/sci-fi, ini adalah spoiler keras— filem ini sangat sangat baik serta harus diberi perhatian penuh dan markah bonus, Michelle Yeoh ada melontarkan beberapa dialog berdialek “Malaysian Chinese”, jika anda perasan, tahniah, anda warga tempatan yang sejati!

Filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert ini mempunyai banyak titik kekuatan yang mampu mengimbangi skala penonton yang meminati blockbuster dan art house. EEAAO dimulakan dengan sedikit cebisan konflik kekeluargaan watak-watak dalam keluarga Wang yang diselit drama serta komedi ringan yang dijahit halus, pada masa yang sama merupakan plot utama serta tulang belakang di sebalik kejadian-kejadian dalam filem ini.Antohny Russo & Joe Russo (Russo Brothers) pengarah filem Avengers adalah antara penerbit filem ini & Michelle Yeoh sendiri adalah penerbit eksekutif.

Sumber dari A24 Studio

Harapan dalam mencari kebahagiaan keluarga melalui imbasan khayalan dan voyage mencari kebebasan melalui kasih sayang adalah tema-tema yang dipegang kuat oleh kedua-dua pengarah filem ini. Atas kertas, EEAAO sememangnya mempunyai jalan cerita yang serba biasa tetapi elaborasi filem ini dikupas melalui permainan kesan visual yang ‘gila’ dan suntikan komedi yang secara perlahan memberi transisi kepada drama berat, menjadikan filem ini mengembang lebih mekar dari awal hingga ke hujung garis penceritaan.

Terdapat satu inti penting yang tersorok kemas dalam filem ini iaitu isu dan konflik LGBT. Isu ini merupakan isu yang sensitif di dunia global, terutama sekali di Malaysia tetapi isu ini adalah antara elemen kritikan sosial terpenting yang diserap ke dalam EEAAO. Pada dasarnya, ia tampak lebih ‘senyap’ di awal filem namun secara tidak sedar, filem yang pro-LGBT ini mula membikin rentak untuk mengajak watak-watak dewasa dalam keluarga Wang, serta para penonton untuk bersifat terbuka dalam menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan (tersirat: LGBT). Namun begitu, kebijaksanaan para pengarah dalam melapik isu tersebut dengan memberi highlight kepada tema-tema yang disebut sebelum ini adalah langkah yang baik dan menarik, barulah mengangkat “subjectivity in diversity”. Kami pun terkejut apabila filem ini mendapat klasifikasi PG-13.

Sumber dari A24 Studio

Filem ini juga banyak memberikan rujukan dari filem filem lain, antaranya Loki,The Matrix,Dr Strange,vibes Wong Kar Wai, filem-filem lama China, dan lain lain.Multiverse yang dipersembahkan dalam filem ini adalah meta untuk konsepnya sendiri dan bagi kami ini adalah filem yang wajib ditonton oleh semua, tidak terkecuali sesiapa pun kerana filem ini sangat sukar untuk tidak disukai tetapi mungkin juga ada kelompok yang tidak akan menyukai filem ini oleh kerana 1 jam pertamanya yang mungkin kompleks bagi yang tidak biasa menonton filem yang divisualisasikan seperti ini.

Cerita yang biasa dan mudah difahami, visual yang menakjubkan serta komedi yang berintikan humor yang natural dan sentiasa on point. Adalah satu pembaziran besar bagi para penonton untuk tidak menyaksikan filem terbitan A24 Everything Everywhere All At Once, yang kini sedang ditayangkan di layar lebar pawagam lokal kita dengan klasifikasi PG13 kerana Singapore & US meletakkan klasifikasi filem ini 18 tahun dan keatas.Jangan lepaskan peluang anda menyaksikan filem A24 yang ketiga tayang di Malaysia!

Tonton trailer disini :


Rating : 9/10

Post a Comment

Previous Post Next Post