Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

SENTUHAN MAGIS AMEN KHALID MAMPU MENGHIBURKAN PENONTON!

(Sumber : Astro Gempak)

Setelah perginya lagenda tanah air Allahyarham Mamat Khalid, anaknya Amen Khalid meneruskan tanggungjawab untuk menyempurnakan karya terakhir dari arwah sebagai pengarah, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang kini ditayangkan di Astro First pawagam rumah anda & juga Astro On The Go sejak 3 Mac yang lalu. Kampong Pisang Berbuah Dua Kali diproduksi oleh Enjit-Enjit Semut Production & Astro Shaw.Dibintangi oleh Bell Ngasri,Kazar,Mat London,Aziz M Osman,Nizam Mokram & ramai lagi.

Setelah Kampong Pisang dilanda badai misteri didalam bersiri-bersiri kini Kampong Pisang Berbuah Dua Kali apabila kejadian aneh masih menjadikan Kampong Pisang sebagai lokasi utama kejadian aneh dan misteri setelah kerajaan bertukar beberapa kali , jadi penduduk kampung harus memikirkan sesuatu untuk membangkitkan & demi kebaikkan kampung mereka.Terima kasih pihak Astro Shaw sudah memberikan kepercayaan untuk menonton lebih awal karya menarik ini.


Filem kali ini adalah kesinambungan dari Kampong Pisang Bersiri-Siri , dengan menampilkan kesemua pelakon yang sama & tambahan baru yang mampu mencuit hati penonton.Apabila menonton filem ini dapat merasakan aura/cara yang sama pernah dilakukan oleh Allahyarham Mamat Khalid, tanpa merasakan ada keraguan atau kelainan pada filemnya seolah olah ianya diarahakan oleh Allahyarham sendiri.Inilah magis yang hadir dari Amen Khalid dalam menyempurnakan karya terakhir arwah ayahnya.

Berbuah Dua Kali tampil lebih berani dalam bermesej sambil mengkritik kisah dunia ,lagi lagi agenda politikal yang sering diangkat dari filem - filem karya arwah sebelumnya.Kalau sebelumnya terlihat sinis, nipis tapi diharini ianya terus tepat ke hati penonton.Boleh dikatakan semua yang menonton mampu membaca & membicarakannya.Kampong Pisang Berbuah Dua Kali tampil unik dalam plot penceritaanya walaupun sederhana tetapi ada beberapa adegan yang menarik.Komedinya di permulaan agak mampu membuatkan kita ketawa terbahak-bahak kerana babak lucunya yang on point.Disini ingin mengucapkan tahniah& terima kasih kepada para pelakon kerana memberikan "karakter yang hidup/sama" seperti siri-sirinya & tidak ada cacat celanya.Secara teknikalnya pula masih memberikan sinematik yang cantik & mampu mencairkan mata. Mungkin ada beberapa kelemahan yang timbul dalam filemnya tetapi percayalah ianya masih menghiburkan.Lihat saja pada karakter Mok lakonan Nizam Hashim mampu menggeletek dengan telatahnya , seperti biasa Barkoba,Ahmad Yassin,Mat London & lain lain juga tidak kurang komedinya.

Memasukkan elemen tradisional kedalam suasana kampung amat menarik perhatian ketika menonton, watak Cik Mek lakonan Datin Paduka Eina Azman yang memukau, dan aksi lawan Norainisham aka Yati terlihat sangat berpotensi dalam menyampaikan karakternya.Tidak lupa juga Azman Mantra memang mencuri perhatian dengan komedinya yang solid (tidak seperti buat -buat) sebagai Cik Gerhana.Selain itu banyak juga babak babak menarik serta kegunaan VFX yang menyegarkan.Kepada anda yang ingin menghiburakan diri dengan suasana kampung & kritikan sosial yang sedap , langgan lah filem KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI kini ditayangkan di Astro First!

Post a Comment

Previous Post Next Post