Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Oscar Isaac as Moon Knight in Marvel Studios' MOON KNIGHT. 
Photo courtesy of Marvel Studios. ©Marvel Studios 2022. All Rights Reserved.

Pertama sekali terima kasih kepada Marvel Studios, Disney+ , Disney+ Hotstar Malaysia kerana telah memberi peluang  kepada kami untuk menyaksikan 4 episod pertama siri terbaru terbitan Marvel Studios iaitu Moon Knight.Moon Knight akhirnya bakal tiba menemui penonton tidak lama lagi di platform streaming Disney+ Hotstar pada 30 Mac ini. Moon Knight adalah sebuah siri terbitan Marvel Studios yang berbeza dari siri-siri sebelumnya, dimana kalau siri - siri sebelum ini lebih dekat dan luas terkaitnya dengan (MCU) secara terus tetapi tidak untuk Moon Knight setakat 4 episode pertama belum ada lagi easter-egg atau apa apa sebutan yang terkait yang muncul didalam siri ini.Ini adalah siri pertama terbitan Marvel Studios dimana karakter-karakternya belum pernah ditonjolkan didalam siri/filem sebelumnya.Setelah menonton siri ini , kami merasakan ini adalah siri tv terbitan Marvel Studios yang terbaik setakat ini.



Oscar Isaac as Steven Grant/Marc Spector in Marvel Studios' MOON KNIGHT.
Photo courtesy of Marvel Studios. ©Marvel Studios 2022. All Rights Reserved.

Pengenalan Adiwira Baru Kepada Orang Ramai

Tidak mudah untuk Marvel Studios memperkenalkan karakter yang tidak dikenali orang ramai di kaca tv melainkan mereka adalah peminat sejati yang sudah menerokai komik & juga kisah - kisah hero ini di wikipedia dan sebagainya.Untuk karakter di dalam Moon Knight agak senang untuk siri ini membawa penonton yang tidak mengikuti perjalanan (MCU) dengan mudah untuk mendekati diri mereka kepada karakter adiwira yang bernama Marc/Steven dan memahami perjalanan karakternya di siri ini.

Perbezaan Moon Knight Berbanding Siri MCU Lainnya

Untuk kami sudah pastinya penonton akan menyukai siri ini kerana ianya lebih jauh berbeza dari siri sebelumnya mungkin Moon Knight tampil lebih matang , berani & juga mungkin akan mengatakan siri ini lebih gelap dari siri siri sebelumnya.Tidak hanya itu, Moon Knight lebih mendalami beberapa babak berunsur ganas (standard) yang sederhana mungkin tidak sesuai untuk tontonan dibawah 13 tahun.Selain itu , Moon Knight lebih fokuskan kepada tema dewa di Mesir, dengan gabungan supernatural, fantasi & juga seram yang digunakan sangat seimbang dalam 4 episod pertamanya.Mungkin juga Moon Knight memiliki tema penggembaraan seperti filem Indiana Jones & karakter utamanya yang mempunyai motivasi tinggi seperti seorang detektif yang ingin menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku disekitarnya dengan mengunakan daya fikirannya yang tersendiri dan bantuan yang datang secara tiba-tiba merasuki dirinya.



Oscar Isaac as Steven Grant in Marvel Studios' MOON KNIGHT.
Photo courtesy of Marvel Studios. ©Marvel Studios 2022. All Rights Reserved.

Plot Penceritaan Yang Menarik

Moon Knight adalah sebuah siri TV yang menarik untuk ditonton oleh semua khalayak tidak hanya tertumpu kepada peminat MCU .Boleh dikatakan siri ini senang untuk mengajak sesiapa pun hanyut dengannya, dengan tempo penceritaanya yang cepat & ditambahi aksi adiwira yang bergasak tanpa henti.Sejujurnya kami juga risau sesetengah penonton yang mungkin sukar masuk kedalam genre misteri & thriller untuk menambah momen yang lebih banyak buat penonton tidak senang duduk.

Untuk durasinya yang sebegitu , untuk kami tidak cukup puas.Setelah kami menonton 4 episod ini terasa sekejap sahaja.Plot penceritaanya yang padat,baik dan dipersembahkan dengan dinamik.Banyak babak-babak yang bakal memukau mata penonton.Lihat saja apabila Oscar menjadi adiwira, kita dapat melihat kostum yang cantik yang dibina khas untuk siri.Bukan itu sahaja dalam siri ini kita juga dapat humor yang banyak,serta beberapa komedi yang membuatkan hati tenang.

Para Pelakon Yang Hebat & Cemerlang

Moon Knight dibarisi para bintang yang hebat & cemerlang antaranya Oscar Isaac yang sangat baik mengimbangi karakternya sebagai adiwira.Kita dapat lihat bagaimana transisi karakternya berubah-rubah didalam siri ini.Tugas Oscar Isaac disini berat untuk karakternya yang unik seperti ini tetapi dia telah memberikan sepenuhnya kelebihannya sebagai pelakon.Tidak hanya Oscar malah pelakon - pelakon lain juga telah muncul dengan sebaiknya dalam siri ini seperti (Ethan Hawke) sebagai Arthur Harrow,  (May Calamawy) sebagai Layla dan lain-lain.Saksikan tv siri 6 episod Moon Knight ini di platform rasmi Disney+ Hotstar Malaysia pada 30 Mac 2022.

Tonton trailer siri tv Moon Knight disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post