Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 Menghiburkan Berbanding Filem Keduanya!

Mads Mikkelson sebagai Grindelwald yang menggerunkan!

Sumber dari Warner Bros

Satu dunia telah sedia maklum JK Rowling telah membuatkan Harry Potter diangkat menjadi pahlawan sihir terkenal diserata dunia dan mengumpul jumlah peminat yang ramai.Setelah berakhirnya kisah Harry Potter,JK Rowling hadir dengan karya Fantastic Beasts : Where To Find Them dimana filem pertama ini mendapat tempat di hati penonton.Setelah kejayaan filem pertama diikuti pula dengan sekuelnya Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald yang menjadi filem paling dibenci oleh peminat dan para pengkritik.Akhirnya , Fantastic Beasts : The Secret of Dumbledore hadir menjadi trilogi kepada francais ini yang katanya akan mempunyai 5 filem kesemuannya.  

Sinopsis :

Masih dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai watak utama Newt Scamander diikuti oleh Jacob Kowalski (Dan Fogler) dan ahli sihir lainnya direkrut oleh Albus Dumbledore (Jude Law) yang ditugaskan untuk menghalang Grindelwald (Mads Mikkelson) dari rancangan jahatnya untuk memperluaskan kuasanya menerusi kempen pemilihan presiden untuk dunia sihir yang dikenali sebagai (International Confenderation Of Wizard) dimana Newt Scamander & rakan-rakannya juga harus membongkar rancangan jahatnya dikhalayak ramai.

Sumber dari Warner Bros

Review : 

Jurang Hubungan Dumbledore & Grindelwald

Permulaan ceritanya difokuskan kepada karakter Albus Dumbledore yang menantikan orang paling disayanginya di sebuah restoran, disitu segalanya diluahkan oleh Albus untuk menghalang Grindelwald dari bertindak diluar jangkaan & memujuknya untuk tidak lagi melakukan perbuatan yang boleh membawa pelbagai kerosakkan.Walaupun Albus dulunya berkerjasama dengan Grindelwald untuk membentuk sebuah dunia,kini kedua mereka mempunyai visi & misi yang berbeza.Penonton juga akan dapat melihat Albus meluahkan rasa kasih sayang & cintanya terhadap Grindelwald.

"Yes, that's what we said we'd do because I was in love with you. - Albus Dumbledore"

Walaupun begitu perjanjian antara Dumbeldore & Grindelwald kini terikat dan sebati antara dua darah mereka yang telah bersumpah darah dan dimeterai dengan sihir, untuk tidak melawan satu sama lain di dalam sebuah botol yang menutup perjanjian mereka,Oleh kerana itu juga alasan ini menjadikan sebab Dumbledore tidak akan melawan Grindelwald.

Perubahan Politik Dalam Dunia Sihir Era 1930 an

Dunia sihir kini sedang bergejolak dengan perubahan politik yang berlaku di Jerman , ketika ideologi politik yang lebih mementingkan keadaan berbanding kegelisahan rakyat berlakulah transformasi percaturan yang diaturkan oleh Grindelwald yang ingin memenangi undi sebagai presiden Kesatuan Penyihir Internasional yang mampu memperluaskan lagi kuasanya untuk menakluki dunia sihir & membunuh para muggle/no maj (tiada kuasa sihir) atau menjadikannya hamba abdi.Penonton akan melihat bertapa keji & gerunnya karakter Grindelwald yang dilakonkan oleh Mads Mikkelson disini yang lebih dahsyat dari lakonan Johnny Depp yang sebelumnya.

Sumber dari Warner Bros

Karakter Karakter Yang Mempunyai Sisi Manusiawi & Lakonan Yang Baik

Penonton akan diperlihatkan sisi lain setiap karakter bagi menempuh kehidupan mereka,Perhubungan  Albus Dumbledore & Grindelwald, dibawa pula ke  perhubungan antara adik beradik Newt & Theseus yang kurang antara satu sama lain, Jacob & Queenie kisah cinta Muggle & Ahli Sihir yang tergantung kesemuanya dipersembahkan dalam karakter - karakter ini yang membuatkan penontonnya terasa lebih dekat dengan mereka.Ketika kejayaan karakternya untuk menambat hati penonton maka berjayalah dia untuk memikat penonton untuk menontonnya sehingga penamat.Para pelakon di dalam filem ini sudah memberikan lakonan yang baik untuk setiap karakter yang dipersembahkan yang paling disukai karakter Grindelwald oleh Mads Mikkelson yang menggerunkan & tidak terlalu mencuba untuk membawa karakter seoarng ahli sihir jahat, Albus Dumbledore,Newt Scamander & Jacob seorang no maj yang memberikan penonton gelak-tawa sepanjang filem berjalan.

Plot Yang Sentuhannya Kurang Mencengkam & Teknikal Yang Memuaskan

Plot filem ini kurang dikemaskan oleh para penulisnya, kekadang terasa kebergantungan karakter dengan setiap adegan tidak dapat dipersembahkan dengan baik.Penulisannya juga terkadangnya terasa kurang konsisten dengan perjalanan cerita yang dipandu oleh para karakternya.

Apa yang boleh dipuji dalam filem The Secrets Of Dumbledore adalah pelbagai lokasi menarik yang divisualiasikan ke dalam filem ini,yang membuatkan kita terpegun dengan "world-building" nya yang cantik dan indah seperti Harry Potter.Dengan bantuan visual-efek menyempurnakan lagi beberapa adegan pertarungan  & binatang dengan baik.Muziknya walaupun sederhana tetapi tetap membuatkan penonton boleh menikmatinya.Setiap adegan aksi pantulan tongkat sakti dibuat dengan kemas, dan kagum melihat beberapa babak dalam filem ini.Dalam gembira menikmati keindahan visual-efeknya kadang kadang rasa ada beberapa potongan adegannya yang agak keras, dan transisi adegan ke satu adegan yang lain tergesa-gesa.

Sumber dari Warner Bros

Fans Servis 

Ada beberapa momen menarik ketika Potterhead mungkin boleh bereaksi kembali dengan beberapa adegan yang menunjukkan beberapa benda tribute yang pernah mereka tonton di Harry Potter muncul di dalam filem ini, antaranya burung Phoenix Albus Dumbledore, Golden Snitch,The Monster Book of Monsters, keindahan Hogwarts,foto gantung adik Albus Dumbledore ,Ariana Dumbledore.Kita juga dapat melihat karakter Professor Minerva Mcgonagall ketika muda dan banyak lagi.Selain itu, ada beberapa lagi adegan yang menarik dengan twistnya didalam filem ini.Untuk babak pertarungan sederhana dan kurang kerana ianya mengfokuskan perhubungan Grindewald & Albus Dumbledore, Jacob-Queenie , dan lain lain.

Fantastic Beast & The Secret of Dumbledore tayang di pawagam Malaysia 14 April 2022 (Tayangan Awal) pada 13 April 2022.Para peminat Harry Potter & Fantastic Beasts yang tidak ingin melepaskan keseronokkan melihat binatang comel & dunia magik yang penuh agenda saksikan di pawagam nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post