Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’

“Penerbit Filem Box Office, Astro Shaw & Skop Productions  Terbitkan Drama Siri Premium Pertama Bersama”

Sumber dari Astro Shaw


Pertama kali melihat klip treler Astro Original Series "Kuasa" ketika dilancarkan beberapa hari yang lalu, kami dapat merasakan seperti siri original ini menginspirasi kisah keluarga Datuk Yusof Haslam yang difiksyenkan , dengan poster yang dilancarkan hampir sama dan dekat dengan mereka.Mungkin di Skop kita sangat mengenali dengan Dato Yusof Haslam , isterinya, dan 3 anaknya Syafiq,Syamsul & juga Shamim.Berkemungkinan karakter ini difiksyenkan dalam dunia "KUASA", dan agak menarik untuk ditonton.

Sumber dari Astro Shaw


Astro Originals mempersembahkan drama siri premium terbaru,KUASA dengan mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruhdalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya.Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Sumber dari Astro Shaw

Menariknya, drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Misteri Dilaila. Tidak hanya mendominasi pentas layar perak, keduanya turut meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata 

Pihak kami berasa sangat gembira apabila dapat berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan rakan penerbit Skop Productions. Bezanya kali ini dalam penerbitan drama siri premium. Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi yang tinggi, mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton. Begitu juga dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran. Jadi, kami harap KUASA dapat mencipta kejayaan tersendiri dan sekali gus menjadi sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.”

Sumber dari Astro Shaw


Siri genre drama, jenayah dan romantik ini telah diarahkan oleh Kroll Azry yang sebelum ini mengarahkan drama bersiri yang tercalon menerusi Drama Siri Terbaik/Telefilem Untuk Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama siri premium KUASA akan menemui penonton tidak lama lagi. 

Saya dibesarkan dalam keluarga seni dan sering didedahkan khususnya dengan industri perfileman melalui papa. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ia telah memupuk minat yang mendalam untuk mengikut jejak papa. Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih berminat dalam selok belok penerbitan. KUASA adalah idea asal pertama saya yang akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya yakin ia sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama penonton. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.”

Sumber dari Astro Shaw


Kuasa membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar. 

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Tonton trailer KUASA disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post