Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 Broker Antara Sentuhan Terbaik Hirokazu Kore-eda Yang Menghangatkan

(Courtesy of Zip Cinema)

Tujuan utama ke Singapura tempoh hari adalah untuk meredah Golden Village Cinemas,Suntec City untuk menonton sneak preview filem BROKER arahan Hirokazu Hore-eda.Walaupun harga tiketnya SGD14.50 ianya berbaloi untuk ditonton berkali-kali untuk penulis dan peminat filem sebegini dari Rekomen Filem.

Hirokazu Kore-eda adalah salah seorang pengarah terkenal di Jepun, dengan karyanya yang halus dan lembut yang bakal menyentap dan membuak-buakkan emosi penontonnya.Broker adalah filem terbaru dari beliau sekaligus filem Korea pertama yang ditulis dan diarahkan olehnya.Setelah kejayaanya melalui filem Shoplifters (Pemenang Anugerah Palme D'or) anugerah tertinggi di Festival Filem Cannes yang ke 71, beliau kembali dengan Broker filem tentang kumpulan keluarga yang digarap dengan penuh pertanyaan tentang kehidupan.

Sinopsis:

Broker menceritakan tentang dua orang rakan kongsi yang menjalakan perniagaan Sang Hyun (Song Kang Ho) & Dong Soo (Kang Dong Won), mereka mencuri bayi dari kotak bayi di sebuah gereja untuk dijual kepada ibu bapa diluar sana yang menginginkan seorang anak.So Young (Lee Ji Eun/UI) adalah seorang ibu muda yang meninggalkan bayinya didalam kotak tersebut dengan meninggalkan seutas nota yang ditulis olehnya "sebentar lagi ibu akan kembali mengambilmu".Niat awalnya memang dia ingin meninggalkan terus bayi tersebut tetapi lantas dia mengubah fikiran dan kembali ke gereja tersebut untuk mengambil bayinya.Tetapi dia tersedar bayinya tiada di lokasi tersebut.Ketika So Young bertemu dengan Sang Hyun dan Dong Soo dia telah mengetahui mereka berdua melakukan aktiviti jenayah perdagangan bayi untuk mendapatkan keuntungan.Sang Hyun mengajak So Young untuk mengikuti perjalanan mereka mencari orang tua baru untuk anak tersebut.Dalam usaha mereka mencari pembeli, mereka diintip oleh dua detektif,Soo Jin (Bae Doona) & Lee (Lee Joo Young) agar detektik ini dapat mengenal pasti tindak tanduk mereka bertiga.Perjalanan mereka akan terus diganggu dan tidak mudah untuk menyelesaikan urusan jual beli dapatkan mereka merancang semua ini dengan sempurna?

Review :

(Courtesy of Zip Cinema)

Broker sudah pastinya menjadi filem yang mengundang momen indah dan sekaligus pahit manis.Gaya yang dipersembahkan oleh Koreeda disini seperti kebiasaanya masih terpancar kehebatannya dalam menceritakan dan menvisualkan idea pengarahannya yang luarbiasa.Kepada anda yang menyukai filem Shoplifters sudah pastinya anda akan menyukai Broker kerana dua filem ini mempunyai plot cerita yang hampir sama tetapi diarahkan dengan gaya yang berbeza.

Didalam 1 Act penonton akan diberikan berbagai pertanyaan tentang Broker.Perlahan-lahan karakter yang diperkenalkan jadi semakin dekat.Seperti serpihan kaca yang berpecah kerana kita belum dapat mendapatkan perhubungan antara karakter satu dan karakter seterusnya,sehingga watak Sang Hyun & Dong Soo mengajak So Young bermulalah pencantuman serpihan yang dibina khas itu terlihat kuat dan kukuh.Ketika pencarian mereka menemukan ibu bapa baru kepada anak kecil tersebut, kita akan diperlihatkan bagaimana sisi manusiawi mereka yang masih memikirkan hal  bayi itu dan rasa kasih sayang muncul antara mereka.Walaupun begitu, serpihan yang berpecah tadi tidak pernah gagal dan terlihat buruk kerana penulisnya adalah Koreeda dan hal itu paling dijaganya untuk tidak hilang hala tujunya dalam bercerita.

Ketika meneruskan perjalanan ala ala road movie misi pencarian ibu bapa baru munculah persoalan lagi kepada karakter untuk memilih pilihan dalam hidup merekea untuk terus memilih menjadi apa dan untuk apa sebagai manusia.Seorang karakter ibu muda seperti So Young sudah tentunya ditekankan disini masih ada pilihan untuk dia pilih dalam hidupnya ingin terus menjadi seorang ibu yang membuang bayinya tanpa rasa bersalah atau terus memulakan hidup baru bersama orang yang mereka kenal seperti satu keluarga baharu.Sang Hyun juga ada masa lalu yang hancur dalam hidupnya seorang bapa kepada seorang anak yang becerai dengan isterinya atas salah masa silam berhutang dengan gangster untuk terus membahagiakan keluarga akhirnya tersepit dengan masalah untuk melangsungkan hidup.Seperti Dong Soo juga adalah seorang anak yang dilahirkan dan dibuang ketika hujan membasahi bumi oleh orang tuanya(tidak dipersembahkan secara visual)tetapi Koreeda telah menceritakannya melalui skrip yang membuatkan kita perlu bersabar dan terus sabar fokus kepada percakapan karakternya.Tidak hanya itu So Young juga adalah seorang ibu muda yang ada masalah masa lalu yang dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki dan dianggap dirinya sebagai pelacur.Di dalam perjalanan inilah mereka sering memikir tentang kehidupan.Apapun Koreeda masih meninggalkan pertanyaan untuk penonton dan membuat spekulasi dan pendapat masing-masing untuk setiap karakter yang digambarkan.Ini seperti perbincangan yang dibuat Koreeda kerana manusia mempunyai masa lalu yang berbeza dan cara memili untuk hidup juga berbeza setiap orang memiliki alasan kenapa mereka berbuat begitu.So Young dikritik keras oleh Sang Hyun & Dong Soon oleh kerana tindakkanya , walaupun mereka berdua menjual bayi tetapi mereka mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri mereka tentang hal lain.Nampaknya Broker tidak memilih betul atau salah untuk setiap orang melainkan perubahan, dan memahamai pendapat berbeza setiap manusia.

(Courtesy of Zip Cinema)

Koreeda sepertinya tidak mahu menjadi tuhan atau hakim keatas karakternya sendiri malah karakter tersebut yang perlu keluar dari tindakkannya.Langkah diambil untuk setiap karakter sudah pastinya mempunyai prinsip hidup yang lebih kuat untuk bertahan.Setelah melalui segala cabaran didalam perjalanan mereka,Mereka berhenti ke destinasi seterusnya disebuah rumah anak yatim milik sahabatnya dan bertemu dengan anak-anak kecil yang menguatkan lagi motif karakter untuk membuat pilihan hidup.Penonton adalah manusia, yang didik dan dimanusiakan ketika menonton untuk kita terus menguatkan sisi perikemanusiaan kita sebagai seorang manusia.Koreeda unik,genius & kreatif lagi disini untuk bermain dengan bahasa tubuh & juga shot untuk membuka laluan kepada karakternya untuk mengadu dan meluahkan rasa kepada penonton.

Untuk bercerita tentang manusia dan kemanusiaan yang tak pernah habis tentu saja para pelakon perlu memberikan persembahan yang baik tanpa mereka takkan terhasil kekuatan setiap manusia yang visualkan di dalam layar lebar . Para pelakon yang digabungkan disini memainkan peranan masing-masing dengan momentum yang luar biasa.Terdiri dari Song Kang Ho (Parasite,Memories of Murder,A Taxi Driver,Snowpiercer) Gang Dong Won (Peninsula,1987), Lee Ji Eun (IU) pelakon muda baharu yang meningkat naik dan popular melalui drama (Hotel Del Luna) Bae Doona (The Silent Sea,Kingdom & Tunnel) & Lee Joo Young (Itaewon Class).Melalui Broker, Song Kang Hong berhasil lagi melonjakkan namanya dan memenangi anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Cannes baru baru ini.Tidak ketinggalan pelakon kanak-kanak Im Seung-soo sebagai Hae-jin, yang hadir menerusi permintaan secara terus ingin menjadi anak angkat kepada Sang Hyun.Semaki jauh perjalanan mereka melalui bersama, semakin banyak muncul emosi yang hadir 'memanaskan hati', "penuh gelak tawa" , "menjentik' dan membuatkan emosi penonton tidak stabil ketika babak yang perlu mencurahkan air mata.

(Courtesy of Golden Village Pictures,Singapore)

Broker selalu membuatkan kita berfikir tentang nasib kita sebagai manusia, perlu teruskan perjuangan dibawah roda yang selalu berputar tidak menentu waktunya.Kekadang kita berada diatas dan kekadang kita berada dibawah tepi tengah dan sebaliknya.Setelah sampai penghujung membuatkan kita terfikir jika kita berada didalam kesusahan apa  impian kita perlu gapai untuk perubahan.Bersediakah kita?Bolehkah kita?Seperti impian mereka tidak lengkap bersama yang lain dimana perlu menghadapinya bersama, memerlukan moral support yang tinggi.Kita pun kekadang susah untuk melangkah sendiri tanpa bantuan begitu juga keluarga yang bukannya hadir dari darah daging kandung yang tetap memerlukan sokongan untuk berdiri dan melangkah kehadapan.Mereka yang memandang kita penuh harapan dan semangat berkobar-kobar dalam diri.

Sebelum tiba di penghujung kisah kalimat "Thank You For Being Born" (Terima kasih telah melahirkan) telah dizahirkan dari mulut seorang ibu muda yang penuh kesesalan dan harapan, untuk mendorong kekuatkan ahli keluarga bukan kandungnya untuk terus tetap kuat dan bersemangat menempuhi kehidupan dalam kehidupan seorang manusia.Ungakapan itu sedikit sebanyak menguatkan keseluruhan visual yang dieksekusi oleh Koreeda secara dinamik halus dan tajam.Para dekektif juga mempunyai sisi kemanusiaan setelah mengikuti road trip bersama mereka dan mendeganr hal-hal mereka lalui bersama dari jauh. Terima kasih telah melahirkan seorang manusia kedunia, terima kasih kerana melahirkan pelbagai rasa bersama, terima kasih telah melahirkan segala-galanya.Sudah pastinya filem dari seorang Hirokazu-Koreeda tak boleh dilepaskan peluang untuk ditonton,kerana segalanya dia telah pertaruhkan secara tersurat dan tersirat kisah keluarga yang menghangatkan menjadi satu putaran manusia didunia sehingga akhirnya.

Offiicial Poster BROKER (Courtesy of Zip Cinema)

Rating : 9 /10

Tonton trailer filem BROKER disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post