Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

(Courtesy of Disney & Pixar)

Lightyear sebuah filem animasi spin-off dari Toy Story menampilkan karakter yang dikenali umum semenjak filem Toy Story.Tetapi nasib filem ini tidak baik kerana tidak ditayangkan di 14 negara di rantau Asia oleh kerana ada 1 adegan montaj (LGBTQ) 3 saat seorang wanita berciuman dengan pasanganmya juga seorang wanita (lesbian).Ketika berada di Singapore Rekomen Filem menyempatkan diri untuk menonton filem ini di pawagam Cathay Cineplex, The Cathay dengan klasifikasi (NC16/16+) dimana golongan dibawah umur 16 tahun tidak dibenarkkan untuk membeli tiket dan masuk untuk menonton.

(Courtesy of Disney & Pixar)

Adegan pembukaan kita akan dapat membaca satu kredit tulisan "In 1995,"a boy named Andy got a Buzz Lightyear toy for his birthday.It was from his favourite movie.This is that movie." (Pada tahun 1995,"seorang budak lelaki bernama Andy mendapat mainan Buzz Lightyear untuk hari kelahirannya. Ia adalah daripada filem kegemarannya. Inilah filem itu.")Ini bermakna Lightyear yang kami tonton adalah filem yang ditonton oleh Andy di tahun 1995.

'Lightyear' mengisahkan tentang seorang renjer/penjaga angkasa lepas legenda Buzz Lightyear memulakan pengembaraan antara galaksi bersama rakan pasukan yang direkrut bercita-cita tinggi Izzy, Mo, Darby, dan rakan robotnya,si kucing bernama Sox. Semasa krew beraneka ragam ini menangani misi mereka yang paling sukar, mereka mesti belajar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melarikan diri dari Zurg yang jahat dan tentera robotnya yang berbakti dan tidak pernah ketinggalan.

REVIEW TANPA SPOILER :

Buzz dan mentornya Alisha Hawthorne (Uzo Aduba) termasuk seorang ahli renjer juga Featheringhanstan (Bill Harder) Buzz membiarkan keangkuhannya membawanya ke dalam kesilapan yang membawa maut. Desakan beliau untuk melakukan aksi juruterbang hebat (seakan-akan adegan didalam filem Top Gun) mengakibatkan beliau merosakkan sel bahan api kapal, memerangkap kru kapal di planet terpencil.Didorong oleh gabungan rasa bersalah dan dedikasi, Buzz kemudian menumpukan 60 tahun lebih akan datang untuk menguji sumber bahan api hiperkelajuan baharu supaya dia boleh membawa pasukannya pulang ke tanah air (perubahan yang memedihkan ialah enam dekad itu berlalu,waktu di setiap planet hanyalah berjam-jam.Setiap misi ujian yang dilaluinya memperlahankan peredaran masa untuknya berhubung dengan rakan sekerjanya.Alisha berkahwin (dengan seorang wanita, dilihat hanya dalam urutan montaj ringkas(adegan LGBTQ yang telah mendapat larangan di 14 negara), mempunyai seorang anak dan kemudian cucu, dan akhirnya menjadi tua dan meninggal dunia, semuanya mengikut apa yang dialami Buzz sebagai beberapa lawatan singkat ke setiap tahun yang dilaluinya.Disini kita dapat lihat putaran kehidupan manusia yang bergerak seperti roda dalam hidup yang fana.Adegan adegan seperti ini juga telah dipersembahkan didalam filem sci-fic sedia ada seperti 2001 : A Space Odyssey oleh Stanley Kubrick.

PLOT DAN KONSEP YANG UNIK 

(Courtesy of Disney & Pixar)

Dari plot ceritanya yang bergerak pantas selama 1 jam 47 minit kita diperkenalkan dengan dua karakter utama.Tunjang ceritanya akan menarik penonton untuk menikmati kisah Buzz dan rakan rakan seperjuangan dengan semangat pasukan yang kuat.Akan tetapi ceritanya mula menjadi tidak konsisten ketika mulai masuk ke 2 ACT dimana Buzz menjelajah masa dan bertemu dengan musuhnya.Disini berlaku 'plot twist' yang kurang digemari oleh kami sebagai penonton.Konsep cerita yang unik tentang misi yang harus dilakukan oleh Buzz , tetapi difokuskan kemisinya malah bersimpang siur dengan cerita Alisha dan kedahagaan karakter Buzz untuk menembus kesalahannya.Musuh Buzz disini adalah Emperor Zurg(James Brolin).Terdapat juga beberapa adegan dan skrip diulang ulang membuatkan penonton rasa sedikit bosan.

AKSI PADAT & KUALITI ANIMASI HEBAT

Selain melodrama Buzz tentang hidupnya & kisah perjalanan sahabatnya yang dilihat diputaran masa (Alisha Hawthrone), kita dapat lihat pelbagai aksi padat yang menyeronokkan didalam setiap adegan dilayar lebar.Animasi yang oleh dikatakan sangat baik , memanjakan mata dengan pembangunan dunia setiap planet dikunjungi oleh mereka.Aksi yang dipaparkan setidak perlu dinikmati didalam dewan pawagam dan scoring yang padu sentuhan (Michael Giacchino).

KARAKTER MENAWAN TETAPI HAMBAR

Karakter Izzy, Mo, Darby, dan rakan robotnya,si kucing bernama Sox (Hadiah diberi oleh Alisha kepada Buzz untuk menjaga dan membantunya ketika misi) adalah kumpulan yang bertemu dengan Buzz disebuah planet secara tidak sengaja dimasa hadapan.Sox adalah seekor kucing robot yang comel dan mempunyai pelbagai kebolehan,karakternya disini akan mencuri perhatian penonton dengan babak komedi penuh ketawa dan latah lucunya.Cucu  kepada Alisha , Izzy (Keke Palmer) adalah karakter yang tidak diberi pengenalan yang baik dan hambar sebagai pembantu Buzz,seorang gadis hanya ingin menggapai impian seperti neneknya Alisha.Mo (Taika Waititi) lebih kearah komedi yang banyak mencuri adegan yang baik berbanding karakter Izzy yang dibantu disampignya Darby (Dale Soules) seorang makcik tua yang tidak pandai berlawan dan tidak ingin memegang senjata.Karaket-karakter ini hanya disatukan untuk menggerakan Buzz untuk bertemu musuhnya Zurg.

KARAKTER NOSTALGIA

Kemunculan karakter Buzz Lightyear di layar lebar agak nostalgia ramai penonton yang bersorak dan bertepuk tangan diadegan pembukaan.Ini adalah antara respon positif didalam pawagam ketika menonton.Melihat karakter ini dan kisah lalunya yang memilukan , memahamkan kita kenapada Andy terlalu membangga-banggakan karakternya sebagai pahlawan galaksi.Sifat manusiawi dan kehebatan Buzz dapat memberikan pengajaran dan nilai kehidupan dan sisi seorang manusia yang baik kepada penonton.Suara Chris Evans sebagai Lightyear boleh dipuji dan dibawa dengan baik walaupun Tim Allen lebih berganda bagusnya.Walaupun filem ini masih ada beberapa kekuranga setidaknya ianya menghiburkan dengan aksi padat dan animasi yang baik.Masih boleh ditonton dan ianya tidak sebaik franchais Toy Story yang lebih memilukan dan penuh rasa dihati.Lightyear sekadar animasi yang lembut dan melodramanya agak komersial.Jika ada masa dan bajet lebih pergilah menonton di pawagam berdekatan Thailand & Singapore.Kalau tidak tunggu saja filem ini ditayangkan di paltform streaming yang tersedia tiba waktunya kelak.

Rating : 7/10

Post a Comment

Previous Post Next Post