"FUCK YOU.. SERIOUSLY WHAT THE FUCK?" - GWEN SHAW
(Courtesy of United International Pictures Malaysia)
Terima kasih kepada United International Pictures Malaysia sudi menjemput kami di Rekomen Filem untuk menonton sebuah filem seram thriller terbaru arahan Scott Derrickson (pengarah Doctor Stranger,Sinister & Deliver Us From Evil).
Sinopsis :
The Black Phone mengisahkan tentang Finney Shaw (Mason Thames) ialah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pemalu tetapi bijak yang ditahan di ruangan bawah tanah kalis bunyi oleh seorang pembunuh bertopeng yang sadis dipanggil Grabber.Apabila telefon yang terputus di dinding mula berdering, tidak lama kemudian dia mendapati bahawa dia boleh mendengar suara mangsa pembunuh sebelum ini,mereka yang sudah mati untuk memastikan bahawa apa yang berlaku kepada mereka tidak berlaku kepada Finney.
Review :
(Courtesy of United International Pictures Malaysia)
The Black Phone memulakan ceritanya dengan baik di adegan pembukaan, dimana penonton akan diperkenalkan dengan karakter Finney & Gwen sebelum masuk ke babak berita-berita kes pembunuhan berantai yang mengancam kanak-kanak di sekitar kota yang diduduki oleh Finney & adiknya.Setelah kawan terdekat kepada Finney menjadi mangsa Grabber, sudah pastinya Finney akan menjadi salah satu mangsa seterusnya.Diperlihatkan perhubungan yang kurang baik antara Finney,Gwen & ayahnya, seorang kaki mabuk dan panas baran.Sering kali merasakan perbuatan anak-anaknya merimaskan dan sehingga Gewn menjadi salah satu saksi siasatan polis kes pembunuhan akhirnya Gwen dipukul oleh ayahnya dengan teruk.Disini kita dapat lihat Gwen mempunyai keistimewaan untuk melihat bayangan melalui mimpi tentang Grabber,walaupun ayahnya memberitahu Gwen memiliki keistimewaan itu dari ibunya, masih agak kurang jelas "kekuatan" untuk mengimbangi karakter ini.
Terus terang The Black Phone mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi filem seram thriller yang menarik dan baik, lihat saja dari segi susunan "jumpscarenya" yang terlihat cerdik diguna pakai oleh sang pengarah.Begitu juga aksi tegang antara Finney & Grabber ketika dia diculik dan dikurung di bawah tanah,dengan lagak ngeri si Grabber yang menakut-nakutkan Finney agak terasa bertapa agungnya si pembunuh bersiri ini sehingga membuatkan penonton juga mengalami suasana risau dan cuak.Tetapi permasalahan "The Black Phone" adalah kekuatan latarbelakang karakter yang terasa lopong pada karakter si pembunuh misteri yang terus kekal misteri tanpa motif kewujudan karakternya.Ethan Hawke tak disangkalkan lagi sangat baik memberikan persembahannya yang bersahaja didalam filem ini.Lebih menarik lakonan remaja Finney oleh Mason Thames yang berjaya mendorong karakternya dengan lebih baik dan menyelamatkan fiem ini yang cukup menghiburkan.
(Courtesy of United International Pictures Malaysia)
Kewujudan misteri tentang telefon hitam yang sentiasa berdering sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya apakah sosok atau suara yang berada dibelakang panggilan itu adalah satu benda yang seronok diikuti ketika menonton filem ini.Penonton akan dikejutkan dengan beberapa adegan yang baik tentan mister dan seramnya telefon hitam itu.Cumanya seperti yang dinyatakan diatas gangguan terbesar The Black Phone adalah motif karakter Grabber & Gwen yang terlalu banyak persoalan yang dtinggalkan membuatkan tonton kami menjadi serba sedikit mengecewakan.Kerana The Black Phone telah menyajikan penonton 1 ACT & 2 ACT yang boleh dikatakan bagus dan tidak malu-malu untuk memberitahu yang mereka adalah genre misteri thiller seram yang sebenarnya diharapkan oleh penonton-penonton diluar sana.Menjadi persoalan juga dimana adegan Finney berjaya melarikan diri buat pertama kalinya akhirnya ditangkap oleh Grabber,Finney sempat membuka topengnya,keihatan Grabber agak takut apabila topengnya dibuka tetapi kurang diperjelaskan kenapa Grabber takut ketika topengnya dibuka dan apa motif harus memakai topeng seperti itu.
Ketika elemen gore mulai masuk ke 3 ACT eksekusi pengarahnya agak bersimpang siur, mahu menamatkan filem ini secara ringkas dan segera dilupakan penonton.Walaupun elemen gorenya yang sederhana tetapi masih boleh dikatakan masih memberi rasa yang sakit kepada penonton.Klimaksnya agak tergesa-gesa dan kurang memberi impak kepada penonton seperti kami di Rekomen Filem.The Black Phone banyak memberi homage kepada filem-filem / konsep oleh Stephen King, seperti IT, MISERY, dan juga mengabungkan temanya seakan-seakan vibes STRANGER THINGS.Tidak lupa juga dialog filem ini ada menyebutkan filem berkaitan kes pembunuhan berantai dan serial killer antaranya TEXAS CHAINSAW MASSACRE.
(Courtesy of United International Pictures Malaysia)
Walaupun begitu, The Black Phone masih lagi menghiburkan untuk ditonton kepada anda yang dahaga filem thriller yang intense dan juga bersifat supernatural.LPF semakin perlahan-lahan membiarkan scene berunsur ganas dan carutan dalam filem ini begitu sahaja membautkan The Black Phone menjadi menarik untuk ditonton.The Black Phone adalah tontonan untuk umur 18 tahun dan keatas sahaja.
Rating : 6/10
Post a Comment