Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan merupakan sebuah filem biografi aksi sejarah yang diarahkan oleh Syamsul Yusof harini tayang dipawagam seluruh Malaysia.Filem ini telah mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan pahlawan legenda tanah melayu Mat Kilau, dan diubah mengikut kesesuaian & ianya bukan kisah benar.Filem ini menampilkan para pelakon hebat antaranya Beto Khusairy,Adi Putra, Johan As'ari , Fattah Amin,Yayan Ruhian,Khir Rahman,Rahim Razali,Dato Jalaluddin Hassan,Nam Ron , Mubarak Majid dan ramai lagi.
Filem ini mengisahkan tentang Mat Kilau,Tok Gajah dan pahlawan Melayu yang lain bangkit menentang penjajah Inggeris yang menduduki bumi Pahang pada tahun 1880-an. British telah mengaut tanah-tanah kekayaannya untuk kepentingan sendiri dan mencampuri agama dan adat resam orang Melayu. Saksikan keberanian dan pengorbanan para pahlawan dalam mempertahankan tanah dan rakyat tercinta.
Review :
Awalnya ingin diingatkan kepada anda yang membaca bahawa penulis tidak akan bias dengan filem diangkat ke layar lebar yang menyentuh tentang perihal pahlawan melayu dan sentimental mengurai air mata dan terharu untuk dijadikan alasan kenapa kita perlu memuji dan mengagungkankan filem Mat Kilau,kerana penulis sendiri lebih mengagungkan kisah pahlawan itu sendiri berbanding filemnya sudah cukup baik.Ini bermakna review ini akan ditulis sama seperti penulis menonton filem filem sejarah dan biografi lain yang diinspirasikan dari kisah benar dan dijadikan filem.
Mat Kilau kalau kita lihat kembali kepada sejarahnya ianya pahlawan yang sangat disanjungi oleh kerana kehebatannya yang ada pada beliau untuk menumpaskan British.Filem Mat Kilau mempunyai pergerakkan cerita yang pantas oleh Syamsul Yusof dimana sudah membuatkan penonton terpaku dengan aksi dan persembahan para pelakon yang baik lagi-lagi di adegan pembukaan dimana askar British membunuh orang-orang kampung hadirnya watak pembantu yang meninggalkan kesan iaitu Ellie Suriati.Dari situ kita sudah boleh merasakan apakah perjalanan filem ini seterusnya dan apakah menu utamanya sebagai filem biogarfi aksi sejarah.
Terus terang kami di Rekomen Filem pertamanya tidak pernah menonton filem untuk mengambil pengajaran atau pedoman & kami tidak kisah dengan filem yang dapat kutipan berjuta RM apa yang kami inginkan adalah sebuah filem yang baik dari segi penyampaian jika terselitnya pengajaran itu adalah tambahan yang baik.Seperti kita tahu pengarah Syamsul Yusof dikenali sebagai pengarah terbaik Asia Pasifik oleh kerana kehebatannya untuk membuat filem yang boleh dijual dan menjadi blokbuster serta ditunggu-tunggu oleh penonton.Buktinya filem aksi arahannya diminati sekolompok penonton seperti filem seperti KL Gangster, KL Gangster 2 dan Evolusi KL Drift, jadi didalam filem Mat Kilau ini kita akan dapat melihat sekali lagi Syamsul Yusof menggunakan kepakarannya untuk mempersembahkan aksi menarik dan tidak terhenti didalam filem ini.Cumanya agak kecewa sedikit oleh kerana shaky camnya yang terlalu over membuatkan para pelakon yang sudah memberikan komitmen untuk 'fight sequence' itu terlihat gopoh gapah & sedikit pening dan tidak menfokuskan kepada karakternya.Jika kita melihat aksi gaduh di shortfilm silat , filem Geran atau , The Raid karakternya jelas ketika berlawan dan lebih baik.
Mungkin kerana filem ini terlalu banyak karakter, jadi tidak semua dapat screentime yang seimbang.Karakter Mat Kilau disini lebih suka menghilang dan muncul kembali dan kita tidak dapat melihat dia menguasai karakternya untuk filem ini.Kita juga tidak dipersembahkan ideologi atau perancangan yang menarik dari Mat Kilau,oleh kerana plot cerita dan kehebatan karakter Wahid yang dibawa oleh Beto Khusairy ianya lebih menyerlah dari Mat Kilau sendiri.Jika kita melihat filem filem Korea atau lainnya, kita akan melihat watak utamanya penuh visi dan misi dan bagaimana cara mereka merancang untuk menghancurkan musuh.Disini kita dapat lihat sedikit perancangan beramai-ramai akhirnya orang kampung yang tidak setuju untuk bersama Mat Kilau akhirnya boleh bersetuju bertempur British begitu sahaja.
Post a Comment