Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

BERHIBUR DENGAN MINIONS BERSAMA KELUARGA DI PAWAGAM

(Courtersy of United International Pictures Malaysia)

Terima kasih kepada United International Pictures Malaysia telah menjemput kami di Rekomen Filem untuk menonton filem ini.

Kumpulan Minion comel cilik ini kembali dalam filem sekuel Minions (2015) dan juga spin-off kepada tiga filem terdahulu Despicable Me iaitu Minions : The Rise Of Gru.Filem ini mengisahkan tentang masa lalu Gru sewaktu zaman kanak-kanaknya di era 70-an yang menggemari satu kumpulan super-villain (penjahat) Vicious 6 sehingga membuatnya ingin bercita-cita menjadi penjenayah yang terhandal dan terpopular di masa hadapan.

Review :

(Courtersy of United International Pictures Malaysia)

Filem ini diikuti karakter Gru watak utama di Despicable Me tentang zaman kanak-kanaknya dan bercita cita untuk menjadi penjahat dan ingin menyertai kumpulan yang diminatinya Vicious 6.Selepas mengetahui bahawa pasukan supervillain Vicious 6 sedang mencari ahli baharu disebabkan oleh kematian salah seorang daripada anggota mereka sendiri Wild Knuckles (Alan Arkin) , akhirnya Gru memohon jawatan tersebut.Di pembukaan adegan kita dapat melihat Wild & rakan Vicious 6nya merompak seutas rantai lokat yang mempunyai kuasa Zodiac, dan rantai itu dapat mengubah mereka.

Tetapi semua rancangan hancur dan berubah sekelip mata apabila Vicious 6 tidak dapat menerima Gru mengikuti kumpulan tersebut oleh kerana dia masih kanak-kanak.Gru mencari jalan untuk membuktikan dia seorang kanak-kanak yang berguna dan ada kepakaran serta layak untuk menjadi penjenayah terkenal seperti Vicious 6.

(Courtersy of United International Pictures Malaysia)

Tidak hanya itu disebabkan oleh rancangan Gru yang gila akhirnya dia terperangkap dalam sebuah situasi yang mendebarkan.Nasib Gru baik kerana mempunyai kawan-kawan baiknya yang ramai iaitu Minion untuk membantunya.Kini penonton akan dapat bertemu kembali dengan 3 pahlawan minion yang diminati ramai Kevin,Stuart & Bob.Seperti biasa Minions masih menampilkan karakter minion yang lucu dan mengujakan penonton dengan telatahnya yang mencuit hati.Terdapat beberapa adegan membuatkan penonton merasa dekat dengan karakternya.Kami percaya ramai yang mengumpul koleksi patung minion ini dirumah oleh kerana pelbagai bentuk yang comel dan menarik.

Filem ini mengekalkan momentum yang sama aksi & humor serta plotnya walaupun sudah boleh dijangka tapi sesuai untuk tontonan yang sudah menjadi target mereka iaitu kanak-kanak dan remaja belasan tahun.Tidak hanya itu ibu bapa dan juga orang dewasa juga dapat merasai hiburan dengan baik semasa menonton filem ini.Minions : The Rise of Gru juga meninggalkan penonton dengan easter egg , dimana lokasi pawagam yang diserbu oleh minion yang sedang menayangkan filem Steven Spielberg , Jaws.Diikuti dengan karakter mak cik Master Chow (Michelle Yeoh) yang pandai berkung-fu ala ala filem mandarin.

(Courtersy of United International Pictures Malaysia)

Akhirnya, Minions The Rise Of Gru antara francais besar animasi kanak-kanak yang menampilkan kelucuan dan penggembaraan yang menyeronokkan serta humor yang mencukupi itu pun sudah cukup untuk keluarga membawa anak-anak mereka tonton filem ini dipawagam. Tiada siapa yang tidak terhibur dengan gelagat lucu mereka.Tidak banyak untuk menyentuh plot filem ini kerana Minions adalah sebuah filem yang menghiburkan untuk tonton bersama keluarga di masa lapang.

Rating : 6/10 



Post a Comment

Previous Post Next Post