Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Money Heist Korea: JEA (L to R) Jun Jong-seo as Tokyo, Lee Hyun-woo as Rio, Jang Yoon-ju as Nairobi, Park Hae-soo as Berlin, Lee Won-jong as Moscow and Kim Ji-hun as Denver in episode # 1 of Money Heist Korea: JEA. Cr. Jung Jaegu/Netflix © 2021

Seperti biasa peminat yang sudah menonton dahulu versi asal Money Heist aka La Casa De Papel versi Sepanyol pasti tertunggu-tunggu sebuah siri baharu yang akan tiba di Netflix.Kini giliran Korea untuk mengadaptasi siri fenomena khas untuk Netflix dengan tajuknya Money Heist Korea : Joint Economic Area , dengan pantas Netlfix membuat persiapan untuk menyiapkan siri ini.Jika ada diantara anda belum menonton versi original , maka pasti anda akan menyukai versi Korea ini.Mungkin juga anda lebih menyukakan versi Koreanya berbanding Sepanyol.

Money Heist Korea : Joint Economic Area tampil unik seperti mana kita lihat didalam La Casa De Papel, tentang peraturan rancangan bijaksana oleh seseorang dikenali sebagai nama samaran Professor merekrut ahli-ahli baru untuk melakukan rompakan terbesar sebuah bank.Kebiasaanya filem atau siri dari Korea seri ng memaparkan isu-isu permasalahan yang sering berlaku di Korea, seperti kita lihat kebanyakkannya menyentuh dan menekankan masalah kapitalis,korupsi,skop kehidupan manusia antara kaya dan miskin,isu imigren permasalahan sosial dan sering kali datang dengan isu pedagangan manusia dan sebagainya.


Money Heist Korea: JEA (L to R) Jun Jong-seo as Tokyo and Jang Yoon-ju as Nairobi in episode # 1 of Money Heist Korea: JEA. Cr. Jung Jaegu/Netflix © 2021

Disini kita ibarat menonton dunia baru dalam Korea, permasalahan antara Korea Selatan dan Korea Utara yang mempunyai perspektif yang berbeza dari dahulu lagi.Ada pelbagai perspketif ditunjukkan kepada mereka yang duduk di Korea Utara ,antaranya yang paling dipersembahkan jelas sehingga ke hari ini mereka dilarang untuk menonton,mendengar filem atau muzik dan mengikut budaya Korea Selatan.Seperti umum tahu pasti akan ada denda yang bakal menimpa mereka sekiranya melanggar undang-undang tersebut.Ini akan ditunjukkan di adegan pembukaan episode pertama pengenalan karaker yang dilakonkan oleh Jeon Jong-Seo sebagai Tokyo.

Tidak jauh beza didalam siri adaptasi versi Korea ini untuk 6 episod yang telah ditonton,ada beberapa konflik yang sama di dalam La Casa De Papel tetapi mempunyai cara penyelesaian yang berbeza untuk setiap masalah yang muncul dan tidak dijangka.Seolah-olah kita mempunyai Professor dengan cara yang lebih serius & lebih cekap untuk mengambil keputusan walaupun hampir-hampir tertangkap.Tidak hanya itu versi Korea cuba untuk tidak bertele-tele dalam bererita seperti versi Sepanyol ianya hadir dengan kisah lebih padat ,tepat dan adaptasi adegan penting.Sudah pastinya babak imbas kembali menjadi kekuatan siri ini dimana kita akan melihat kisah lalu setiap karakternya untuk pembangunan karakter yang kuat dan kukuh.


Money Heist Korea: JEA Lee Hyun-woo as Rio in episode # 1 of Money Heist Korea: JEA. Cr. Jung Jaegu/Netflix © 2021

Moeny Heist Korean tidak mengambil masa yang lama untuk membawa ceritanya, dengan episode yang laju membuatkan penonton tidak sabar untuk menonton episode yang seterusnya walaupun satu episode siri ini hampir 1 jam.Walaupun laju ini tidak bermakna penuh dengan aksi sahaja, ianya juga ada menyelitkan melo-drama yang sesuai mengikut waktunya.Tidak hanya itu penonton akan lihat lebih banyak keunikkan karakter-karakter didalam versi Korea ini, dari RIO,DENVER,BERLIN,TOKYO antara yang memberikan persembahan baik untuk setiap karakternya.Kehadiran Denver disini juga tidak terlalu menjengkelkan dengan ketawanya, kerana babak ketawa akan mula muncul pada episode ke 6.

Setelah kejayaan beberapa siri Korea yang hadir di Netflix siri ini mungkin juga akan menjadi antara siri terhebat Korea di Netflix dan akan ramai menontonnya.Sudah pastinya peminat-peminat drama Korea akan menontonnya kerana sudah terbiasa dengan durasi yang sebegitu.Ada potensi besar untuk episode 7 dan keatas Money Heist Korean akan tampil gah dan menjadi siri baru yang menghiburkan anda di Netflix.Saksikan Money Heist Korean : Joint Economic Area 12 episode kesemuanya di Netflix bermula 24 Jun ini!

Rating  : 8/10

Tonton trailer disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post