Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

FILEM SUPERHERO INDONESIA, SATRIA DEWA GATOTKACA AKAN DITAYANGKAN DI MALAYSIA & AMERIKA UTARA!

(Satria Dewa Gatotkaca First Look)

Filem Satria Dewa Gatotkaca yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia akan ditayangkan juga di Malaysia dan Amerika Utara.

Horizon Film Entertainment yang akan membawa dan menayangkan filem Satria Dewa Gatotkaca untuk ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.Mohd Shahir Sulaiman, Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, meluangkan waktunya datang dan menghadiri Gala Premiere Filem Satria Dewa Gatotkaca di Bioskop XXI Epicentrum Walk, Kuningan, Jakarta Selatan, Isnin (6/6/2022).

(Team BuzzpopTV , Mohd Shahir Sulaiman di Jakarta)

"Gatotkaca ialah karya segar dan memaparkan jalan cerita yang menarik," kata Mohd Shahir Sulaiman.Barisan pelakon filem Satria Dewa Gatotkaca dinilainya hebat, seperti Rizky Nazar, Yasmin Napper dan Omar Daniel hingga Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman.Para bintang film Indonesia itu, katanya, begitu terkenal di Malaysia.

"Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu,cita rasa juga tidak jauh beda," kata Mohd Shahir Sulaiman.Horizon Film Entertainment meyakini bahwa filem Satria Dewa Gatotkaca akan diterima baik penonton film di Malaysia.

Tidak hanya di Malaysia, ribuan kilometer dari Jakarta, filem Satria Dewa Gatotkaca juga akan hadir di Amerika Utara.,Well Go USA mengambil hak untuk mendistribusikan filem Satria Dewa Gatotkaca di Amerika Utara.Well Go USA adalah syarikat distribusi filem yang juga memegang hak distribusi atas filem terkenal, seperti IP Man yang dibintangi Donny Yen sampai The Police Story yang dibintangi Jackie Chan.Ada juga filem Gintama karya pengarah Yuichi Fukuda.

CEO Well Go USA Doris Pfardrescher sangat gembira boleh bekerjasama dengan Satria Dewa Studio untuk menayangkan filem Satria Dewa Gatotkaca di wilayah Amerika Utara. Mochtar Sarman, Vice President Operation Satria Dewa Studio,bangga ketika filem Satria Dewa Gatotkaca juga mendapatkan permintaan untuk tayang di pawagam Amerika Utara.

"Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, superhero Indonesia boleh go internasional," kata Mochtar Sarman.

Film Satria Dewa Gatotkaca sedang ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula khamis 9 Jun 2022 akan datang dipawagam Malaysia.

Tonton video KONSEP VISUAL FILEM SATRIA DEWA GATOTKACA DISINI :


Sinopsis Satria Dewa Gatotkaca :

Satria Dewa: Gatotkaca adalah sebuah filem laga superhero Indonesia tahun 2022 yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo. Filem ini merupakan produksi pertama Satria Dewa Studio. Film ini diadptasi dari tokoh pewayangan Gatotkaca yang menceritakan tentang titisan dari tokoh tersebut. Karakter utamanya sendiri dilakonkan oleh Rizky Nazar. Filem ini akan menjadi filem pertama dari Satria Dewa Semesta (Satria Dewa Cinematic Universe)!

Dunia kini dalam penuh ketegangan kerana buruan pembunuhan berantai. Yuda (Rizky Nazar) baru saja kehilangan pekerjaan. Yuda dan ibunya, Arimbi (Sigi Wimala), yang telah lama kehilangan ingatan, dihalau kerana terlambat membayar duit sewa rumah. Oleh karena itu, Yuda menerima pekerjaan untuk mengambil gambar graduasi kawan kolejnya, Erlangga (Jerome Kurnia). Namun, di kemudian hari, dia akhirnya melihat sahabat baiknya dan sang ibu dibunuh oleh tangan jahat Korawa. Yuda bersama Agni (Yasmin Napper), seorang perempuan cerdas yang cantik, Dananjaya (Omar Daniel), veteran Pandawa, Gege (Ali Fikry), adik Dananjaya, dan Ibu Mripat (Yati Surachman), pengumpul barang antik, mulai mencari dalang di balik peristiwa pembunuhan berantai. Dari penyelidikan tersebut, Yuda mulai mendapati bahwa ia memiliki kekuatan misteri di dalam dirinya. Yuda pun merasa terpanggil untuk melindungi orang-orang yang dia cintai.

Filem ini dibintangi oleh Rizky Nazar,Yasmin Napper,Yayan Ruhian,Cecep Arif Rahman dan ramai lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post