Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement
(Courtesy of Viu MALAYSIA)

Episode 6 Seribu Nina kita didedahkan tentang Nina dan dunia dimensi originalnya dimana kita akan diperlihatkan karakter ayah kepada Nina didunia ini.Dimensi Nina yang asal ini telah mengeluarkan undang-undang menggunakan protokol sistem aplikasi bernama Manual Hidup.Dimana orang-orang disitu ibarat mndengar kata-kata kepada sistem untuk terus hidup dibawah kongkongan golongan pihak atas yang mengawal dimensi tersebut.Kononnya sistem ini sekiranya ada manusia yang langgar, akan ditimpa bala dan mati.Ketika berada di dimensi ini sedikit sebanyak Amar mengetahui sebab apa Nina larikan diri dari dimensinya.Hubungan Nina & Amar terancam disini kerana perlukan dinikahkan dengan seseorang bernama Razali oleh ayahnya.Bagaimanapun Amar & Nina terpaksa mencari jalan keluar untuk terus kekal bersama sehingga penghujungnya.Episode 6 lebih mengfokuskan tentang Nina dan masalahnya berhadapan dengan sistem & cadangan sang ayah untuk mengahwinkannya.

Episode 7 & 8

Momentum cerita diteruskan ke dimensi dongeng, dimana Nina & Amar akhirnya dibantu oleh Didi melarikan diri.Dimensi ini adalah dimensi yang dipenuhi kanak-kanak dengan bilangan 20 orang sahaja.Mereka percaya kisah dongeng atas daun pisang adanya legenda misteri bernama Babamomok.Babamomok kononnya memerintahkan mereka untuk 2 orang mati bersama dan dilahirkan kembali di dimensi yang sama dan akan berputar dari awal.Nina & Amar banyak belajar soal kehidupan dan kekurangan dalam diri masing-masing apabila berada di dimensi ini, berlatarkan tulisan yang ditulis atas daun pisang tentang Babamomok.Tidak banyak hal yang menarik disini, kerana ianya ibarat episod pengisi untuk melengkapkan perjalanan Amar & Nina untuk memperbetulkan keadaan dan hubungan mereka.

Setelah selesai, Didi menghantar Amar & Nina ke dimensi pelancongan iaitu percutian pasangan di sebuah pusat peranginan dimana dimensi ini hanya memakan sayur-sayuran dan tidak ada daging kerana dimensi ini tidak mempunyai haiwan.Sebaliknya orang orang disini ada agenda disembunyikan membuatkan episode 8 agak menarik untuk diterokai dengan hubungan Amar & Nina digali lebih dalam.Mereka diburu seorang Cef kanibal, dan konco-konconya untuk dijadikan sup daging manusia sebagai makanan baharu dan segar.Episode 8 telah meletakkan impak besar kepada hubungan mereka berdua dimana akan mengusik konflik utama dalam Seribu Nina, disini mereka dihadapi konflik yang besar dan berat dimana Nina hanya ada baki beberapa lama lagi untuk hidup , dan dia akan mati.Sejujurnya episode 8 agak aneh, dan pelik akan tetapi telah diperkemaskan dengan mood komedi untuk membautkan penonton boleh serasi dengan episode ini.Sepatutnya episode 8 orang-orang ini boleh dipersembahkan dengan cara kejam atau ganas tetapi untuk menyesuaikan dengan tontonan umum adegan ini dibuat dengan elemen-elemen yang sederhana sentuhannya.Tetapi seperti biasa setiap dimensi Nina pergi tidak ada perjelasan pembangunan dunianya, kerana lebih menumpukan konflik cerita dari episode pertama dan segera untuk melanjutkan di episode seterusnya.Di episode 8 juga kita diperkembangkan dengan konflik mereka dengan lebih jelas dan membuatkan karakter ini mengambil berat antara satu sama lain untuk menghadapi apa yang telah mereka sama sama lalui.-

(Courtesy of Viu MALAYSIA)

Episode 9 & 10 

Episode 9 akhirnya mereka bertiga kembali ke dunia tanpa undang-undang dimana kita akan bertemu dengan karakter gangster Amar & Nina di episode ke 2.Disini mereka ingin mencari Marco kononnya satu satunya orang yang dapat larikan diri dari sistem Manual Hidup.Manual Hidup kononnya dikawal oleh "Takdir" tapi benarkah "Takdir itu wujud?Episod kali ini lebih kepada pencarian menemukan jawapan dari persoalan yang mereka cari.Terperangkap bersama gangster dan dibawa bertemu Marco menceritakan segala-galanya tentang Manual Hidup dan bagaimana dia terlepas melarikan diri dengan selamat.Di penghujungnya Orang Besar telah mengupah konconya untuk mencari Nina.

Episode 10 telah membongkar kesemua kerja kotor orang atasan untuk mendapatkan kuasa dan menjadi orangberkuasa dan berpengaruh dalam duniannya.Kononnya Manual Hidup dapat membunuh orang yang melanggar peraturan walhal hanya untuk menutup dan mulut rakyat mereka.Nina semakin berani, Didi telah mengetahui misi orang besar dan konconya akhirnya menyelamatkan Amar dan membongkan kesemua rahsia yang telah diketahui olehnya.Perkahwinan ala Cinderella, device permata dileher Nina & kasutnya telah diletakkan pemancar untuk membunuh Nina.Setelah Didi menceritakan segalanya pada Amar,akhirnya Amar menggunakan kepakarannya untuk berfikir dan segera Nina membuang kasut tersebut.Episode akhirnya sangat tergesa-gesa untuk menghabiskan keseluruhan episode siri ini denga mudah, tidak terlalu memberi impak kepada penonton.Endingnya yang anti-klimaks menunjukkan Didi,Amar & Nina pergi ke dimensi lain.Orang Besar adalah diktator membuat kerja kotor membunuh orang - orang yang melanggar syaratnya.

Seribu Nina adalah siri original yang mempunyai konsep bagus tetapi 10 episode terlalu panjang untuk siri sebegini mungkin penonton juga akan sedikit bosan mengikuti episode pertengahannya.Seribu Nina sepatutnya perlu hanya 6 atau 8 episode sahaja dan tidak memerlukan episode pengisi yang membuat penonton rasa membazir masa untuk menonton dan ingin skip terus kepada episode akhir.Seribu Nina mempunyai 10 episode kesemuanya kini tersedia di platform streaming Viu.

Rating : 7/10

Tonton trailer disini: https://viu.app.link/ccbIrvWELqb



Post a Comment

Previous Post Next Post