Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


(Courtesy of Viu MALAYSIA)

Seribu Nina kini hadir di platform streaming Viu, sebuah original siri terbaru dari Viu terhadap karya tempatan.Seribu Nina mengisahkan tentang Nina (Adriana Adnan) yang muncul secara misteri didunia, dan diburu oleh ejen dari dimensi lain untuk membawanya pulang.Amar (Syafiq Kylez) pula kekasih kepada Nina yang serba tak kena dan merasakan Nina tidak mempunyai sifat yang sempurna terhadap dirinya.

(Courtesy of Viu MALAYSIA)

Seribu Nina adalah sebuah siri yang memasukkan elemen-elemen sci-fic tentang "Multiverse" atau dimensi lain dan menggabungkannya dengan elemen komedi & juga romantik ditambah juga dengan aksi yang menarik.Apa yang membuatkan Seribu Nina lebih menarik dengan adanya para pelakon yang memberikan persembahan dan chemistry yang baik antaranya Adriana Adnan & Syafiq Kyle.Boleh dikatakan konsep cerita yang hadir dari imaginasi Nazri Vovinski ini dipersembahkan dengan baik oleh pengarahnya,Umi Salwana.

Momentum cerita dari Episode 1-5 rasa lebih cepat dan menarik ketika dimana Amar memulakan misinya untuk mencari Nina didimensi lain.Amar tercampak dibeberapa dimensi yang menakjubkan , ketika di dimensi gangster tanpa kawalan,Dimensi tanpa lelaki, dan akhirnya dia terbawa ke dimensi belum adanya teknologi , dimensi ulat buku dan lain lain.Disini kita dapat lihat pelbagai atau banyak lokasi yang digunakan untuk mewujudkan dunia dimensi-dimensi ini.Setiap adegan dimensi yang berlainan kita dapatkan rasakan perubahannya & dapat lihat bagaimana 'art department' melakukan kerja-kerja yang sebaik mungkin untuk penonton dapak rasakan perasaan itu ketika muncul dimana-mana scene.

Seribu Nina adalah antara kelainan yang genius dibawakan oleh Viu, walaupun kita sudah menonton Keluarga Bahadon,Black,The Bridge,Ganjil,Jibril dan sebagainya, Seribu Nina adalah antara siri yang boleh dikatakan perbezaanya agak ketara.

(Courtesy of Viu MALAYSIA)

Seribu Nina mempunyai 10 episode kesemuanya akan tayang setiap hari Khamis 2 episode.Kini Seribu Nina masih on-going episode 1-6 kini tersedia di platform streaming Viu.Tonton & ikuti @rekomen_filem di instagram untuk memenangi hadiah ekslusif Seribu Nina yang menarik!

Tonton trailer disini: https://viu.app.link/ccbIrvWELqb



Post a Comment

Previous Post Next Post