Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement
PENGARAH FILEM LOKAL DENGAN KUTIPAN TERTINGGI DARI TAHUN 2020 KEMBALI DENGAN FILEM AKSI, 35MM

Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bawa Penonton Menggembara Melalui ‘Time Travel’

(Courtesy of Astro Shaw)

Pengarah muda berbakat besar yang telah menggegarkan industri filem tempatan pada tahun 2020 dengan hasil karyanya, Mael Totey The Movie iaitu Syahmi Sazli kembali mempertaruhkan filem keduanya iaitu 35mm. Menariknya, filem 35mm bukan sahaja mempertaruhkan jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa atau ‘time travel’, malah turut padat dengan aksi mendebarkan dan hasil produksi berkualiti tinggi dengan penggunaan teknik CGI.Ini sekali gus menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan filem.

(Courtesy of Astro Shaw)

Terdahulu Syahmi Sazli bermula dengan menghasilkan konten digital di Youtube sehingga berjaya mencuri tumpuan penonton sehingga tular. Dorongan daripada sokongan peminat yang sering menantikan konten terbarunya, Syahmi Sazli mengambil langkah berani dengan mengarahkan filem Mael Totey The Movie dan mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih kutipan paling tinggi di Malaysia bagi filem tempatan pada tahun 2020 dan sekali gus mendominasi platform Astro First menjadi filem pertama mengutip lebih RM7 juta. Bukan itu sahaja, malah kejayaan tersebut turut menerima pujian dari ramai pihak, antaranya para pengkarya seni tempatan serta diperkatakan di dalam dewan rakyat.

(Courtesy of Astro Shaw)

Idea asal 35mm adalah daripada Syahmi Sazli sendiri dan menerusi filem berdurasi 1 jam 47 minit ini,beliau cuba membawa penonton mengimbau evolusi dan budaya masyarakat tempatan dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi.Ia juga bagi membuatkan ceritanya lebih mudah untuk diikuti dan difahami.

Manakala teraju utama yang menggerakkan watak-watak adalah Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Meskipun sarat dengan babak aksi namun watak mereka pasti tidak akan menghampakan penonton dengan selingan adegan-adegan komedi yang mencuit hati. Malah nilai persahabatan diantara mereka turut diterapkan. Selain mereka antara yang membintangi filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat),Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

(Courtesy of Astro Shaw)

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami amat teruja apabila diberi kepercayaan sekali lagi untuk memasarkan filem arahan Syahmi Sazli di platfrom Astro First. Melihat hasil akhir filem 35mm, kami yakin ia mampu memperlihatkan transisi berbeza Syahmi Sazli dalam pengarahan dan sudut penceritaan, yang mana ia bukan menghidangkan sekadar jalan cerita santai tetapi turut mengajak penonton menghayati pengorbanan generasi lalu, di samping menikmati babak aksi dan CGI yang memukau. Kami berharap karya 35mm kehadiran mampu mengulangi kejayaan filem Mael Totey The Movie serta dapat meneruskan lebih banyak kerjasama bersama Syahmi Sazli di masa akan datang.”

Pengarah, Cerita Asal & Pelakon 35mm, Syahmi Sazli melahirkan rasa gembira akhirnya filem terbaru arahannya bersama Senibayan akan temui penonton tidak lama lagi. “Rentetan daripada sambutan positif dan komen membina daripada terhadap filem Mael Totey The Movie, ia menyuntik semangat untuk menyahut cabaran terus berkarya menghasilkan filem. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Penerbit Nine Flix Production kerana meletakkan keyakinan terhadap idea ini, dan terima kasih juga kepada pihak Astro kerana membuka ruang platform untuk mempersembahkan filem 35mm. Sementara itu bercakap mengenai cabaran dalam pengarahan, kali ini memperlihatkan penggunaan teknik CGI, dan ini bukan ‘forte’ utama saya.Jadi banyak yang saya pelajari dan harap hasilnya boleh diterima ramai. Manakala, antara cabaran lain adalah membimbing Yoe dan Asif untuk menjiwai watak dan berlakon dalam situasi yang lebih serius. Seperti umum tahu, sebelum ini skrip lakonan kami lebih bersahaja tetapi berbeza menerusi 35mm. Saya mengharapkan 35mm dapat mengubati rindu peminat terhadap konten daripada kami serta filem ini dapat menghiburkan ramai penonton.”

(Courtesy of Astro Shaw)

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

35mm diarahkan oleh Syahmi Sazli bersama Senibayan, manakala terbitan dan produksi oleh Nine Flix Production. Sesi penggambaran telah dijalankan di Pulau Pinang.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

TONTON TRAILER RASMI 35MM DISINI :

Post a Comment

Previous Post Next Post