Seperti Biasa Body Horror Yang Seram & Meloyakan
Terima kasih kepada MUBI Malaysia telah menjemput kami di Rekomen Filem hadir ke tayangan eksklusif filem arahan David Cronenberg "Crimes of the Future!Setelah sekian lamanya,berakhir dengan filem Maps to the Stars pada tahun 2014 kini David Cronenberg kembali dengan filem dystopian thriller terbarunya pada tahun 2022.Filem ini telah ditayangan di Festival De Cannes 2022 telah meraih standing ovation selama 7 minit & juga katanya ada beberapa penonton yang telah keluar dari pawagam ditengah tengah filem berjalan.
Sinopsis :
Apabila spesis manusia menyesuaikan diri dengan persekitaran sintetik, tubuh mengalami transformasi dan mutasi baru. Bersama pasangannya Caprice (Léa Seydoux), Saul Tenser (Viggo Mortensen), artis persembahan selebriti, secara terbuka mempamerkan metamorfosis organnya dalam persembahan avant-garde. Timlin (Kristen Stewart), seorang penyiasat dari National Organ Registry, secara obsesif menjejaki pergerakan mereka, iaitu apabila kumpulan misteri didedahkan... Misi mereka - untuk menggunakan kemasyhuran Saul Tenser untuk menjelaskan fasa seterusnya evolusi manusia.
Review :
Crimes of the Future akhirnya menjadi filem body horror pertaruhan baru oleh David Cronenberg pada tahun 2022,mengikut dengan adegan pembukaan filemnya di masa hadapan yang tidak ditentukan (bila?) menunjukkan tubuh kecil seorang kanak-kanak bernama Breckern yang sedang menikmati kelazatan (makan) baldi didalam tandas lalu dibunuh oleh ibunya sendiri dan akhirnya ayahnya iaitu Lang telah menjumpai mayatnya.Seterusnya,dengan mengangkat isu sampah plastik yang menerkam bumi makin hari makin tenat dan tercipta satu revolusi baharu dimana ianya telah memperkenalkan sistem respons yang cepat dengan organ-organ baharu dalam tubuh manusia termasuk sistem pencernaan yang mampu mencerna benda benda plastik.
Tetapi lain pula bagi Saul Tenser berbanding komuniti yang ada, dia cuba sedaya upaya menerima dirinya menjadi manusia seperti sedia adanya.Kehidupan dimasa hadapan terjadinya kesan buruk pencemaran dan perubahan iklim di dalam filem ini membuatkan manusia telah kehilangan beberapa perubahan biologikal antaranya tidak lagi dapat merasakan rasa sakit , penyangkit berjangkit yang harus dibedah dan mereka menggunakan sistem komputer dan mesin yang diciptakan dalam kemjuan ketara teknologi yang mampu mengawal fungsi tubuh manusia.Terus terang idea dari David Cronenberg ini bukan sekadar seram tapi lebih dari seram yang mencengangkan akal fikiran penonton.Tidak hanya itu,jika anda sudah menonton filem lainya seperti Videodrome,Scanners,Shivers & Naked Lunch ataupun Crash mungkin anda akan merasakan Crimes of the Future jauh lebih kurang atau sederhana dari karya-karya sentuhan beliau yang sebelumnya.
Saul Tenser dan Caprice ialah pasangan artis persembahan yang terkenal di dunia. Mereka mengambil kesempatan daripada "evolusi sindrom yang boleh mempercepatkan" Saul Tenser, yang sering menubuhkan organ baru dengan membuangnya melalui proses pembedahan di hadapan penonton secara langsung.Sindrom ini telah menyebabkan Saul Tenser mengalami kesakitan yang berterusan dan tidak selesa untuk bernafas.Saul Tenser dan Caprice bertemu dengan komuniti yang bertanggungjawab ke atas National Organ Registry, sebuah pejabat kerajaan yang mencatat dan menyimpan organ yang baru berkembang serta membuat sekatan terhadap evolusi manusia. Salah seorang ahlinya, Timlin (Kristen Stewart) menjadi terpikat dengan matlamat seni Tenser. Ketika pertunjukan Saul Tenser berjaya, dia memberitahunya bahawa "surgery is the new sex", sentimen yang boleh diterima oleh Saul Tenser.
Disebalik kejayaan pembedahan itu polis kini menggunakan Saul Tenser untuk menyelidiki tentang kumpulan evolusionis radikal.Hampir ke penghujung filem Crimes of the Future ,seolah-oleh penonton akan melihat kisah penyiasatan penyamaran untuk menyelesaikan beberapa kes rahsia penyelewengan dalam evolusi manusia daripada orang ramai oleh pihak yang terbabit.
Crimes of the Future masih menghiburkan untuk ditonton, tetapi ianya bukan filem yang baik dari David Cronenberg untuk kami di Rekomen Filem.Crimes of the Future boleh disaksikan di aplikasi streaming MUBI MALAYSIA pada 29 JULAI 2022!
Rating : 6/10
Post a Comment