Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Courtesy of Viu Malaysia

She Was Pretty Malaysia arahan Yusry Abd Halim kini boleh disaksikan di platform streaming rasmi Viu Malaysia.She Was Pretty MY adalah adaptasi dari siri K-Drama popular Korea yang dibintangi oleh Park Seo-Joon & Hwang Jung-Eum pada tahun 2015.She Was Pretty Malaysia ini dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Redza , Alvin Chong, Daniella Sya, Shakimin , Kamarul Eqif dan ramai lagi.Siri ini memilik 16 episode semuanya.

Sinopsis : Ianya mengisahkan tentang Haniff yang memiliki seorang kawan dan telah jatuh hati semasa zaman kanak-kanak iaitu insan bernama Nadia yang merupakan seorang gadis yang cantik dan manis.Pada saat mereka berdua kini sudah dewasa, selepas 15 tahun, Haniff ingin bertemu kembali dengan Nadia, tetapi Nadia berasa malu dengan penampilannya kerana dia kini sudah tidak semanis dan secantik dahulu.Disebabkan itu, Nadia meminta kawan baiknya, Kejora berlakon sebagainya untuk bertemu kawan lamanya tersebut.Bermula dari penipuan kecil kini menjadi besar sehingga menyentuh perasaan masing-masing.

Review : 

Courtesy of Viu Malaysia

Awalnya agak skeptikal dengan original siri She Was Pretty Malaysia ini disebabkan drama original dari Korea telah mengawal fikiran dan juga telah menghafal setiap dialog yang dilontarkan.Tidak hanya itu malah para pelakon yang membintangi drama Korea tersebut lakonan mereka bagus dan tidak kaku untuk mempersembahakan setiap karakter.Setelah menonton siri ini perasaan skeptikal itu meleset , tetapi ada beberapa perkara juga yang tepat terhadap skeptikal dari kami di Rekomen Filem.Usai menonton episode 1-13 siri adaptasi ini tidak lari jauh dari siri originalnya.Tetapi ada beberapa kekurangan yang hadir di siri ini dan masih tercari-cari apa yang menyebabkan siri terasa terlalu pelik dalam pada masa yang sama menghiburkan.Seolah-olah setiap episode diadaptasi bahagian yang penting sahaja dan mengubah sedikit mengikut kesesuaian kearifan lokal.

Selebihnya masih terikat penyampaiannya sama seperti versi original.Gandingan mantap Diana Danielle & Aiman Hakim Redza disini boleh dipuji dengan mempunyai perhubungan yang kuat menarik antara karakter mereka.Menariknya versi Malaysia dapat mengikuti setting drama Korea dengan adanya set penggambaran yang dihiasi cantik seperti pejabat The Most, wadrobe yang sejuk mata memandang dan sinematografi dan warna ala ala Korea drama dapat membantu lagi mood siri ini lain dari drama melayu yang biasa kita saksikan di kaca TV.Jika nak dibandingkan dengan versi Korea kedua-duanya ada kelemahan dan kelebihan disebabkan ini adalah siri adaptasi tidak banyak benda untuk ditulis setelah menontonnya.Kami yakin ramai yang akan terhibur menonton siri original She Was Pretty Malaysia ini, di Viu.










Post a Comment

Previous Post Next Post