Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 "KILL THE GODS,KILL THE GODS"

Courtesy of Marvel Studios

Rekomen Filem sempat membawa diri pergi ke Singapura semalam untuk menyaksikan filem keempat Thor yang bertajuk Thor Love & Thunder kesinambungan terus dari Thor : Ragnarok & setelah peristiwa Avengers : End Game oleh kerana Disney Malaysia menundakan tayangannya ke tarikh baharu 21 Julai 2022 tanpa sebab dan alasan muhasabah serta tiada pengumuman professional dari pihak Disney sendiri.Jadi beribu kekecewaan hadir dari para fans Marvel Cinematic Universe (MCU) tidak dapat turut serta menonton antara filem superhero kegemaran mereka serentak dengan negara-negara lain.

Sinopsis

Selepas peristiwa 'Avengers: Endgame', Thor (Chris Hemsworth) cuba mencari ketenangan, tetapi terpaksa beraksi kembali. Thor kini harus kembali berkerjasama bersama bekas pahlawan Asgard Valkyrie (Tessa Thompson), & Korg (Taika Waititi) dan turut serta oleh bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman).Kini Thor dan kesemua mereka harus mencegah Gor The Butcher yang ingin membunuh semua dewa di alam semesta untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya.

Review :

Courtesy of Marvel Studios

Filem ini dibuka dengan pengenalan kepada karakter seorang villain yang tersakiti oleh para dewa semesta kerana tidak menolongnya,Gor yang hidup bersama anak perempuanya di padang pasir yang kering kontang  hanya berdoa untuk terus bertahan hidup setelah semua keluarga dan kaumnya mati. Gor mendapatkan bantuan sang Dewa didalam sebuah hutan akhirnya Dewa itu tidak mempedulikan langsung Gor yang baru kehilangan anaknya dan tidak mengambil tahu dengan serius. Oleh kerana keamarahan dan keinginnya Gor kini menjadi Gor The Butcher setelah membunuh dewa tersebut.

Kehebatan karakter Gor yang dibangunkan oleh Taika, bukanlah villain bodoh dan sombong yang semata mata ingin  memegang alam semesta ,tetapi dia mempunyai sebab dan alasan kukuh untuk menjadi penentang dewa.Taika menjadikan karakter Gor ini benar benar berguna dan penonton akan terkesan terhadap karakternya, diperlihatkan dari POV nya dewa yang penuh bongkak sombong dan ego termasuk korup dan sifat manusiawi dalam Gor sama seperti rakyat yang sedang teraniaya oleh kerana pihak atasan yang sial.

Penonton akan duduk diam dan terus menonton kerana plot eeritanya bergerak pantas dan dihidangkan dengan pelbagai komedi yang mengusik, aksi padat ketika Guardians of The Galaxy menggembalikan semangat Thor untuk berjuang di medan perang bersama alien yang mencerobohi kawasan King Yakan.Setelah mengetahui latar belakang Gor penonton akan terus asik mendengar naratif dari Korg yang penuh menggeletek sebelum melihat aksi Thor yang tidak berupaya menjadi adiwira lagi.

FASA (CINTA) YANG SESUNGGUHNYA 

Apakah erti hidup tanpa sebuah cinta? Thor yang kini penuh kehilangan hidupnya kosong dan tidak berjiwa.Tiada lagi harapan untuk membangkitkan semula jati dirinya.Bukan itu sahaja malah keberanian yang dia ada tidak dapat dikeluarkan lagi.Setelah beraksi bersama kumpulan Guardians of The Galaxy sedikit sebanyak membuat Thor berubah sikapnya semula.Bagaimanakah kalau hidup kosong tanpa jiwa?Kesepian yang dialami Thor dapat kita rasai.

Courtesy of Marvel Studios

Kehadiran Mighty Thor aka DR Jane Foster kembali sebagai pahlawan baharu / heroin kepada Thor walaupun masa lalunya dengan Thor berkecai teruk.Tidak sengaja dia bertemu Mjolnir di sebuah lokasi akhirnya dia dipilih untuk mendapatkan kemampuan dari kekuatan Tukul Mjolnir tersebut.Daripada pecahan Mjolnir akhirnya kembali bergabung dan membuatkan Jane Foster tampil kuat.

Sudah pasti kembalinya Jane Foster ataupun Mighty Thor penonton akan menyukai karakter ini lebih dari Thor sendiri, dan kehadiran Jane dapat mengimbangi karakter Thor dan dua-duanya terlihat sangat baik dan berkarisma.Adegan aksi cemas oleh Jane dapat memikat kembali penonton dan juga Thor sendiri yang dulu patah hati kini seolah-olah mempunyai panduan hidup . Selain dua karakter ini yang memikat dan berkilat, Zues adalah antara karakter yang menarik dalam filem ini yang dilakonkan oleh Rusell Crowe.

SKALA CERITA SEDERHANA TAPI MENGHIBURKAN

Courtesy of Marvel Studios

Thor Love & Thunder sejujurnya mempunyai cerita yang sederhana tetapi menghiburkan dengan komedi humor dari otaknya Taika,kerana keseronokkan yang ditampilkan mirip gaya Thor Ragnarok cumanya komedinya kekadang agak keterlaluan dan menggangu adegan-adegan emosional , intense dan lain lain.Gorr The Butcher oleh Christian Bale selalu cemerlang memberikan persembahan lakonannya dengan baik terkadang agak terganggu dengan karakter ini yang kurang dipaparkan sisi kejahatannya dengan lebih lagi, dan juga terganggu dengan makeup nya yang seakan - akan sami yang kerasukkan hantu melayu.Ada kalanya fiem ini penceritaanya tidak seimbang , membuatkan ceritanya terkadang tidak konsisten dan tidak bergerak dengan baik.Menuju ke pengakhiranya dalam durasi 1 jam 59 minit terlihat gopoh dan tergesa-gesa untuk dihabiskan.

Setidaknya Thor Love & Thunder adalah sebuah filem yang menyeronokkan untuk Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 4 setakat ini berbanding filem lainnya.Cumanya  untuk Rekomen Filem agak kecewa juga dengan VFX Marvel Studios yang semakin berkurangan.Thor & Love Thunder akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 21 Julai 2022.

Rating : 7.5 /10 











Post a Comment

Previous Post Next Post