Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

(Courtesy of Greenlight Pictures)

Greenlight Pictures dengan sukacitanya mengumumkan bahawa filem terbaru Woo Ming Jin ‘Stone Turtle’, telah dipilih ke Pertandingan Utama ‘Concorso Internationale’ di Festival Filem Antarabangsa Locarno. Buat kali pertama dalam sejarah, sebuah filem berbahasa Melayu akan bertanding di festival tersebut yang dianggap antara 5 festival filem paling berprestij di dunia.

Selain bertanding untuk anugerah utama, ‘Golden Leopard’, Woo Ming Jin turut bertanding untuk anugerah Pengarah Terbaik, manakala kedua-dua pelakon utamanya Bront Palarae dan bintang Indonesia Asmara Abigail akan bertanding untuk anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.Filem ini juga dibintangi  Amerul Affendi, Maisyarah Mazlan, Samara Kenzo dan Alison Khor.

‘Stone Turtle’ merupakan thriller dramatik yang menggabungkan aksi langsung dan animasi; menceritakan kisah kembara masa seorang wanita dan lelaki di pantai timur yang terjerat dalam kencah disepsi yang berbahaya. 

(Courtesy of Greenlight Pictures)

Diterbitkan oleh Greenlight Pictures, penggambaran ‘Stone Turtle’ bermula di Terengganu pada Januari 2022 dan selesai pada bulan yang sama. Edmund Yeo, pembikin filem tersohor yang kerap bekerja di Jepun dan Malaysia berperanan sebagai penerbit dan editor. Penataan seni dikendalikan oleh pembikin filem ‘Flower in the Pocket’dan ‘Lelaki Harapan Dunia’, Liew Seng Tat yang banyak memenangi anugerah. 

Edmund Yeo Penerbit & Editor 'Stone Turtle'

Ini merupakan penghormatan yang besar untuk bertanding di Festival Filem Antarabangsa Locarno, tempat  wira-wira filem saya telah menayangkan karya mereka sepanjang 75 tahun sejarah festival tersebut . Ryusuke Hamaguchi yang baru memenangi Oscar, Edward Yang, Wang Bing, Claire Denis dan ramai lagi pembikin filem hebat di dunia. Saya teruja filem ‘Stone Turtle’ menjadi sebahagian daripada tradisi ini.

Walaupun berlatarkan kisah di Malaysia dan dibikin oleh pengarah Malaysia, saya juga ingin mengetengahkan bahawa filem ini menggabungkan bakat-bakat besar dari pelbagai negara. Pelakon utama kami berasal dari Malaysia dan Indonesia. Proses seperti penataan bunyi, colour grading dan gubahan muzik  dikendalikan oleh unit pasca-produksi kami yang hebat dari Thailand. Animasi kami pula dihasilkan oleh seorang juruanimasi British yang pernah berkerja di Studio Ghibli dan masih berpengkalan di Jepun. Inilah keluarga “Stone Turtle” kami.

Saya sangat gembira kerana perasaan cinta dan semangat yang dicurahkan untuk filem kami oleh keluarga “Stone Turtle” dapat menyinar di pentas antarabangsa. dipetik dari ulasan facebook Edmund Yeo.

Woo Ming Jin, Edmund Yeo, Bront Palarae dan Asmara Abigail dijangka menghadiri festival tersebut yang akan bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 13 Ogos.

(Courtesy of Greenlight Pictures)

Kami di Rekomen Filem masih menantikan tayangannya di Malaysia!Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penggambaran filem Stone Turtle.

Post a Comment

Previous Post Next Post