Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

Drama romantik arahan pengarah terbaik dan dibarisi pelakon hebat ditayangkan buat kali pertama di Malaysia dan 15 lagi pasaran di rantau ini

(Courtesy of Viu Malaysia)

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW hari ini mengumumkan drama Viu Original terbaharu, She Was Pretty, sebuah drama komedi romantik yang dihasilkan semula, dibintangi barisan pelakon hebat dari Malaysia. Tiga episod pertama boleh ditonton di Viu pada 23 Jun, dengan dua episod baharu boleh ditonton setiap minggu, pada setiap hari Khamis, manakala tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos.

Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara untuk Viu Malaysia berkata, “She Was Pretty mempunyai penceritaan yang terbukti berjaya. Drama ini menjadi popular bukan sahaja di Korea, malah telah dihasilkan semula dalam pelbagai bahasa di pelbagai negara. Dengan jumlah peminat drama ini yang sangat ramai, pasukan Viu Original mengambil keputusan yang kini sudah tiba masanya menyerlahkan kisah ini dengan persekitaran Asia Tenggara dan membawa para pelakon hebat untuk mempersembahkan siri ini kepada para pengikut Viu di seluruh pasaran kami.”

(Courtesy of Viu Malaysia)

She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik, yang menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka, dimana penceritaannya adalah berlatarbelakangkan majalah fesyen. 

Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, yang melakonkan watak utama dalam siri Viu Original, Ganjil pada tahun 2021 dan merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin pada tahun 2019 untuk watak yang dilakonkan dalam Gol & Gincu Vol. 2. Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, yang popular dengan lakonannya dalam Kimchi Untuk Awak dan merupakan pemenang Artis Lelaki Baharu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 pada tahun 2012.

Daniella Sya pula memegang watak Kejora, setelah mengambil kira watak-watak yang dilakonkan beliau dalam Abang Long Fadil 3 dan Takut Ke Tak. Menyempurnakan barisan pelakon untuk komedi romantik ini ialah Alvin Chong, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017, dan dikenali melalui watak-watak yang dilakonkan beliau dalam drama Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak.

(Courtesy of Viu Malaysia)

She Was Pretty diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Viu untuk menghasilkan Ganjil pada tahun 2021. Filem beliau, Cicakman merupakan filem hit budaya popular, manakala Hikayat Merong Mahawangsa pula menerima lapan anugerah di Festivel Filem Malaysia 2011, termasuklah anugerah Filem Terbaik.

Memanfaatkan populariti drama-drama yang dibawakan oleh Viu Original, platform pan serantau ini berada di kedudukan nombor satu bagi perkhidmatan penstriman video premium melibatkan Pengguna Aktif Bulanan dan pelanggan berbayar sehingga suku pertama 2022 di Malaysia, menurut laporan Video Online Asia Tenggara AMPD Suku Pertama 2022 yang dilaporkan oleh Media Partners Asia*.

Pengguna Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com.


*Sumber: Kajian AMPD oleh Media Partners Asia (MPA) melibatkan platform penstriman terkemuka, tidak termasuk YouTube dan TikTok di Asia Tenggara.

Tonton Trailer SHE WAS PRETTY MALAYSIA disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post