Air Force The Movie mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khas nya yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam penerbangan semasa pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas. Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Review :
Terus terang agak sukar untuk menerima dan menelan kesemua yang dipersembahkan dalam filem Air Force The Movie.Berawal dengan adegan yang bergerak pantas dimana aksi terus menerus di pembukaan hingga ke akhir filem, membuatkan rentak aksinya perlu dihargai dan tanpa membuang masa diikuti babak imbas kembali tahun ke tahun untuk penonton memahami sedikit sebanyak 'backstorynya'.Mengikuti aksi jet terbang tempur diudara ianya memang cukup mendebarkan & membuatkan kita tidak senang duduk.Ya memang kalau ingin bercakap mengenai VFX sudah tentu ianya belum sempurna tetapi apapun ianya masih boleh dipuji dengan usaha keras semua pihak untuk itu.Berkat tangan magis dan shot kamera oleh Teck Zee adegan diudara dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Filem Air Force tidak sepenuhnya bermain diudara seperti diinginkan semua penonton ala-ala Top Gun, ianya seperti melihat Polis Evo 2 gabungan versi darat & udara dimana sesetengah anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) terperangkap setelah jet mereka ditembak jatuh dalam misi bantuan kemanusiaan di negara fiksyen Namburi.Disitu ada antara mereka yang terselamat yang cuba menyelamatkan diri dari pengganas membuatkan filem ini tidak ada arah tujuan dan identiti sebenar.Agak mengelirukan penceritaan mana yang mereka ingin fokuskan antara impian dan kerjaya Adib/Zafran atau misi menyelamatkan mereka yang terperangkap di Namburi. Kerana filem dimulakan dengan konflik yang agak tidak masuk akal & tidak membantu kekuatan cerita tentang impian dua orang sahabat yang menjadi tidak rapat kerana perjanjian mereka yang tidak tertunai.
Post a Comment