Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

“Yahya, kadang ada banyak hal yang harus tidak

 perlu diceritakan agar langkah lebih tenang,” – Tan


Courtesy by D'Ayu Pictures & Mahakarya Pictures

Terima kasih kepada D'Ayu Pictures, Mahakarya Pictures & juga Empire Film Solution telah menjemput kami di Rekomen Filem hadir ke Gala Premiere Perjalanan Pertama bertempat di Starling Mall , Damansara pada minggu lepas.Setelah menonton filem ini , perasaan seperti dipukul dan dapat berhubung terus dengan karakter-karakter utama yang hidup didalam filem berdepan dengan putaran kehidupan yang kadang-kadang menggembirakan,kekadang menyedihkan tatkala juga menyakitkan untuk diterima.Tetapi kehidupan haruslah ditempuhi dengan banyak cabaran walaupun kekadang kita diatas dan dibawah,

Sejujurnya tidak banyak syarikat penerbit filem di Malaysia untuk terbitkan filem begini kerana lebih mementingkan 'keuntungan' dari kualiti cerita skrip dan berkat lakonan para pelakon yang berbakat.Kami di Rekomen Filem amat berbangga dengan keputusan yang dibuat D'Ayu Pictures untuk berkolaborasi dengan Mahakarya Pictures untuk hasilkan karya ini.Setidaknya kita dapat lihat sudut perspektif baru tentang masalah-masalah toksik dalam perhubungan keluarga kekadangnya hadir dari sifat ego kita sendiri menerusi Perjalanan Pertama dan dengan hasil kolaborasi sedikit sebanyak dapat menunjukkan kepada para pembikin filem di Malaysia macam mana nak bikin naskah yang penuh hati bukan yang asal boleh dan janji siap untuk dipersembahkan kepada para penonton.

Perjalanan Pertama setidaknya dapat membentuk satu kumpulan penonton yang baharu,yang tidak gemar menonton tema keluarga penggembaraan begini akan jadi suka, boleh mendidik penonton untuk menerima karya-karya begini di masa hadapan.

Plot Sederhana Tetapi Menyakinkan 

Perjalanan Pertama adalah sebuah filem keluarga & road movie yang menggeletek dalam pada masa yang sama tidak memaksa kita untuk bersimpati ke karakternya.Filem yang berterus terang pada masa yang sama menghiburkan serta membuatkan penonton terpakuu untuk menonton kisah Gaek & Yahya hingga selesai.Tetapi perolahan cerita dengan berkat eksekusi pengarahan Arief yang terlihat tidak konsisten di sesetengah bahagian membuat ada sedikit kelopongan plot menjadikan plot itu tampak sederhana dan tidak begitu 'menghentak penonton' ianya mengalir lembut dan terus kedepannya meninggalkan 'kelopongan' yang ditimbulkan.Berkat teknikal dan skrip yang agak baik dan kemas, mengikat penonton untuk menunggu filemnya selesai.

Courtesy by D'Ayu Pictures & Mahakarya Pictures

Gandingan Hebat Dato Tamimi & Muzakki Ramdhan

Seperti kita tahu kehebatan Dato Tamimi dalam bidang lakonan setelah sekian lama memang tidak pernah mengecewakan malah kesempatan yang dia dapat dalam Perjalanan Pertama sebagai watak utama telah membuka mata penonton bahawa dia still 'cool' 'smart' 'versatile' dalam membawa karakternya sebagai Gaek atau Tan yang bersahaja tapi meninggalkan kesan yang 'memorable'.Dato Tamimi adalah salah seorang pelakon veteran yang hebat perlu diberi perhatian.Gandingan magisnya bersama pelakon cilik tetapi tidak cilik apabila terkenal di Indonesia menerusi filem Joko Anwar, Gundala sekaligus meletakkan Muzakki Ramdhan dalam kategori salah seorang calon  pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Indonesia.Muzakki Ramdhan pula adalah kanak-kanak yang berjiwa dewasa setiap karakter yang dibawa olehnya disampaikan penuh jiwa.Lihat sahaja filem-filemnya yang lain seperti Ratu Ilmu Hitam,Pengabdi Setan 2 : Communion,Gundala,Preman dan banyak lagi karakternya disampaikan dengan matang.Jadi hebatnya Perjalanan Pertama dan menutup cacat cela ceritanya adalah oleh kerana dua insan hebat ini.

KESALAHAN MASA LALU & RAHSIA KELUARGA

Perjalanan Pertama menekankan isu-isu yang terkait dengan keluarga, impian yang hendak digapai kekadang manusia boleh termasuk dalam lembah kehinaan apabila lupa diri setelah mendapat nama besar begitulah ceritera yang digambarkan juga didalam filem ini.Kesalahan masa lampau menghnatui diri dan membuatkan seorang atuk tua merahsiakan segalanya kepada cucunya yang ingin mencari tahu kebenaran identitinya setelah kematian ibu bapanya.Tan sering menukar nama ibu ayah Yahya dan kisah kematian mereka membuatkan Yahya sedar atuknya menyembunyikan kisah sebenar darinya.

Courtesy by D'Ayu Pictures & Mahakarya Pictures

Perjalanan Pertama adalah sebuah filem yang sesuai ditonton oleh semmua golongan dengan membawa keluarga ,kawan-kawan saudara mara untuk memupuk rasa kekeluargaan dan tanggungjawab dalam diri dan meninggalkan pengajaran dan pesan yang penuh hangat kepada kita semua.

RATING : 8/10

TONTON TRAILER PERJALANAN PERTAMA DISINI :

Post a Comment

Previous Post Next Post