Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement




Pinocchio (voiced by Benjamin Evan Ainsworth) in Disney's live-action PINOCCHIO, 
exclusively on Disney+. Photo courtesy of Disney Enterprises, Inc.  © 2022 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.
Filem terbaru original Disney Pinocchio yang dibuat kembali dalam bentuk 'live-action' adaptasi dari animasinya pada tahun 1940 arahan pengarah pemenang Akademi Oscar,Robert Zemeckis menyelusuri perkampungan di Itali, boneka kayu Pinocchio (Benjamin Evan Ainsworth) dicipta oleh seorang lelaki tua yang berkerja sebagai pengukir kayu (juga kehilangan seorang anak) bernama Gepetto (Tom Hanks) Boneka tersebut telah dihidupkan oleh Pari Biru (Cynthia Erivo) setelah Gepetto berhajat dibawah tahi bintang dan Pinocchio kini mencari kehidupan dan juga melakukan pengembaraan sambil berusaha untuk menjadi budak lelaki sejati. 


(L-R): Cynthia Erivo as the Blue Fairy, Pinocchio (voiced by Benjamin Evan Ainsworth), and Jiminy Cricket (voiced by Joseph Gordon-Levitt in Disney's live-action PINOCCHIO, exclusively on Disney+. Photo courtesy of Disney Enterprises, Inc. © 2022 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved

Pinocchio versi live-action ini segar untuk ditonton walaupun ketika menonton kita akan melihat banyak babak-babak yang sudah lama melekat di minda kita ketika menonton Pinocchio versi 1940, dan digubah menjadi lebih menarik oleh Robert Zemeckis dengan elemen drama yang disuntik dengan seimbang tentang kemanusiaan, skrip yang mengusik jiwa kita sebagai manusia menerusi karakter Pinocchio sendri dan beberapa karakter lainnya.Tidak hanya itu penonton akan terpaku dengan telatah Pinocchio yang comel dan akan tampil dengan aksi pengambaraan yang menyeronokkan.


(L-R): Pinocchio (voiced by Benjamin Evan Ainsworth), Tom Hanks as Geppetto, and Figaro in Disney's live-action PINOCCHIO, exclusively on Disney+. Photo courtesy of Disney Enterprises, Inc. © 2022 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Bagi yang sudah menonton filem animasi klasik legendanya pasti akan berasa nostalgik ketika menonton filem ini, dengan adanya lagu tema menarik seperti 'When You Wish A Upon Star' akan terkenang zaman kecil dahulu.Menariknya Pinocchio versi 2022 tidak lagi mengunakkan animasi 2D malah menggunakan pelakon sebenar dan mengabungkannya dengan Imej Janaan Komputer (CGI).Tidak banyak yang dapat dikongsikan didalam artikel ini kerana tidak boleh menulis dengan 'spoiler' dan filemnya juga 80% hampir sama dengan filem terdahulu.Plotnya mudah dan para pelakon dan juga pelakon pengisi suara memberikan persembahan yang baik dan maksima.Melihat Tom Hanks sebagai orang tua yang dalam kesedihan dan kesunyian tidak perlu dipersoalkan lagi kredibilitinya sebagai pelakon ternama.Disebalik kebaikkan ada kekurangannya, mungkin Disney perlu kekalkan kesemua filem animasi klasiknya begitu sahaja, dan tidak perlu dijadikan live-action kerana sukar untuk menerima versi live-action yang serba kekurangan  dan sederhana dalam membentuk struktur penceritaan yang menarik dan unik.Walaupun filem ini ada momen yang menarik dan memberi tribute kepada filem klasiknya , Pinocchio ini kekadang terlihat mendatar dalam durasi 1 jam 45 minit.

Pastinya Pinocchio akan memberikan kepuasan menonton dirumah sempena Disney+ Hotstar Day,dengan pengembaraan fantasi yang mendebarkan, dalam pada masa yang sama dapat memberi nilai dan pengajaran yang baik kepada anak-anak kecil yang menontonnya.Tidak hanya itu kualiti filem ini berada dalam tahap yang baik dan membuatkan mata anda sebagai penonton cair.


Tom Hanks as Geppetto in PINOCCHIO, exclusively on Disney+. Photo courtesy of Disney Enterprises,
 Inc. © 2022 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Pinocchio hari ini tayang di aplikasi penstriman Disney+ Hotstar Malaysia juga tersedia dalam beberapa audio bahasa termasuk Bahasa Melayu yang dibintangi oleh Azman Hassan, Suki Low,Khaireel Akasya & Liana Jacklon.

RATING : 7/10

TONTON TRAILER PINOCCHIO DISINI :

Post a Comment

Previous Post Next Post