Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 DONGENG FANTASI - ROMANTIK DEWASA MENGHIBURKAN DENGAN BEBERAPA

KISAH YANG SEJAJAR DENGAN KARAKTERNYA!


Filem ini dimulakan dengan pacing cerita yang bergerak dengan baik dan menjanjikan, seperti tenaga Miller yang rancak dengan mainan kamera memukau, penyuntingan hebat yang pantas, warna yang muncul dan momen-momen buat dada rasa terdesak. Sesuatu perkara yang aneh dan diluar jangkaan akan berlaku yang dijelaskan oleh pencerita Alithea (Tilda Whinton) - segala-galanya yang akan datang telah pun berlaku. “Cerita saya adalah benar,” katanya sambil menambah: “Namun, anda lebih cenderung untuk mempercayai saya, jika saya menceritakannya sebagai kisah dongeng.” Oleh itu, dengan suara lunaknya dia pun mula bercerita dan mengulangi cerita yang rumit tentang pertemuan anehnya dengan jin didalam gelas yang dipanggil Djinn (Idris Elba). Tidak lama kemudian, cerita itu melangkau kembali ke masa lalu, dia membebaskannya dari botol, dia menawarkan tiga permintaannya dan dia bertindak balas dengan berhati-hati sehingga dia tidak terpedaya oleh taktik jin tersebut.

Lakonan yang menarik dari dua pelakon ternama Tilda Whinton & Idris Elba dalam mengimbangi karakter mereka.Setiap kali mereka berdua dilayar terlihat aura yang menangkap penonton untuk terus terpkau melihat mereka berdua bercerita antara satu sama lain.Walaupun adegan itu percakapan yang panjang kita masih teruja dengan gandingan mereka dan fokus kepada apa yang mereka ingin sampaikan bersama.Alithea adalah karakter yang mempunyai personaliti menarik ketika dia tiba di lapangan terbang di berdepan dengan Dewa/Tuhan dari masa lalu yang hanya dapat dilihat olehnya sendiri,dan juga ketika menyampaikan mesej di pentas dia berhadapan dengan Tuhan mitos dihadapan adiwira masa kini yang terlihat di layar anggota superman batman dan adiwira DC yang lain.


Alithea (Swinton) telah ditinggalkan suaminya yang memilih wanita lain dan membuatnya sentiasa berjaga-jaga dengan lelaki, itu membuatkan kita secara tak sedar melihat filem ini sebagai sudut perspektif filem dongeng ala ala Disney,Aladdin dengan lebih dewasa , romantik komedinya juga tampil menarik dan bersahaja.Tidak hanya itu kisah kilas kembali Djinn tentang perhubungan karakter ke karakter permasalahan cinta juga membuatkan mereka berdua berada dalam landasan yang sama perlahan-lahan mengubah perasaan Alithea dengan shot menunjukkan dia sedang menelan air liur kerana mempunyai 'keinginan' walhal diawalnya dia tidak mengakui mempunyai keinginan ketika Djinn meminta tiga permintaan darinya.Kisah yang diceritakan oleh Djinn berjaya menambat hati Alithea akhirnya ingin buat permintaan dan untuk membantu membebaskan sumpahan Djinn tersebut.

Djinn oleh Idris Elba adalah antara karakter yang hebat dilakonkan olehnya, melihat dia hidup sebagai sesuatu yang menyegarkan dengan persembahan jiwa yang terluka dan harapannya terhadap kemanusiaan, walaupun dipukul, kekal utuh tanpa henti.Seronok melihat dia melakonkan watak utama romantis dengan perangai yang lebih matang dan utuh.Jika diperhatikan setiap ceritanya bergerak akan ada kelopongan plot sedikit demi sedikit yang membuatkan kita terus soal dan mempersoalkan tentang lore dan lain lain dalam filemnya,

Tetapi ingin diakui penulis terhibur dengan visual genius dari seorang George Miller, dengan kesan khas yang sederhana tetapi melembutkan mata didalam filem ini dan juga bagaimana dia membuatkan penonton terus terpikat dengan penceritaanya.Terus terang filem ini memang ada kelemahan dalam bercerita tetapi ianya disampaikan dengan penuh warna warni dan menghiburkan.Mungkin tayangannya di Malaysia agak menggangu kerana ada 3 minit lebih adegan dipotong oleh kerana (adegan seksual) yang terlalu 'berat' untuk melepasi LPF.

Rating : 7/10

Tonton trailer filem ini dibawah : 

Post a Comment

Previous Post Next Post