Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 REMP-IT 2 BAKAL MENCETUSKAN FENOMENA SELEPAS 16 TAHUN

Courtesy of FKX Film

Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2. Dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton. Menyedari perkara itu, FKX Film tampil dengan filem sulungnya yang mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang dalam Remp-it 2. Filem yang menjalani penggambaran pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pendamik Covid-19 yang melanda dunia.

Courtesy of FKX Film

Remp-it 2 merupakan sambungan dari Remp-it (2006) namun, dengan kecanggihan teknologi penggambaran sekarang, semua aksi perlumbaan berlaku di siang hari. Penonton dapat menyaksikan aksi perlumbaan tersebut dengan lebih jelas. Remp-it 2 juga mengetengahkan pelbagai jenis motosikal dari pelbagai kategori termasuk motosikal biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motorcross, cub prix sehinggalah ke superbike. Elemen motosikal digerakkan oleh elemen-elemen persahabatan dan kekeluargaan membuatkan Remp-it 2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 


Courtesy of FKX Film

FKX Film menujukan filem ini kepada lagenda-lagenda sukan permotoran Malaysia yang telah banyak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Perjuangan mereka tanpa mengenal erti jemu dan sehingga sampai mempertaruhkan keselamatan dan nyawa mereka sendiri. Seperti pejuang tanahair yang lain, mereka juga perlu diraikan dan kisah hidup mereka juga perlu difilemkan. Remp-it 2 merupakan salah satu usaha dari Penerbit dalam jangka masa panjang boleh melahirkan pelumba-pelumba yang mampu mengharumkan lagi nama negara di dalam arena permotoran.

Filem Remp-it 2 ini diterbit dan diarahkan oleh Farid Kamil selain bertindak sebagai pelakon utama disamping barisan pelakon seperti Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil a.k.a Che Mad yang telah memberi mutu lakonan yang meyakinkan pada usia 7 tahun.

Penggambaran yang dilakukan selama 55 hari di lokasi-lokasi yang dipilih sesuai dengan jalan cerita termasuk Ulu Choh Johor, Melaka, Gong Badak Terengganu, Sungai Lembing Pahang, serta sekitar Lembah Klang termasuk Litar Antarabangsa Sepang. 

Courtesy of FKX Film

TONTON TRAILER RASMI REMP-IT 2 DISINI :

Post a Comment

Previous Post Next Post