Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

"Gak usah kaget gitu dong liat saya, biasa aja". 

Courtesy of Bumilangit 

Sri Asih adalah filem kedua dalam semesta bumilangit / Bumilangit Cinematic Universe (BCU) setelah Gundala garapan Joko Anwar, yang diarahkan oleh Upi Avianto (pengarah filem My Stupid Boss,Belenggu,Pertaruhan).Sri Asih juga ditulis hasil kerjasama Upi bersama Joko Anwar, dan telah pun ditayangkan dipawagam (bioskop) Indonesia pada 17 November yang lalu.Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce sebagai Sri Asih, Reza Rahadian sebagai Jatmiko, Jefri Nichol sebagai Tangguh dan ramai lagi.Masih belum ada khabar baik untuk peminat di Malaysia untuk menonton filem ini dipawagam tanah air.Selain menulis skrip dan menjadi pengarah,Joko Anwar juga adalah penerbit untuk Bumilangit Cinematic Universe.

Sri Asih menceritakan tentang Alana yang lahir sebagai anak yatim setelah ditinggalkan ibu bapanya yang menjadi mangsa kejadian letupan Gunung Merapi,semasa ianya dilahirkan.Alana dijaga bersama kanak-kanak yang lain oleh seorang wanita kaya bernama Sarita Hamzah (Jenny Chang).Akhirnya Alana dibesarkan sehingga mempelajari ilmu pertahankan diri.Disebabkan itu Alana dihadiri oleh Dewi Api (Dian Sastrowadoyo) untuk mengeluarkan kemarahan dari Alana dan menyebabkan Alana tidak mampu mengawal amarahnya dan menyebabkan kerusuhan berlaku berkait dengan kes kematian seseorang.

REVIEW :

PEVITA PEARCE SEBAGAI SRI ASIH & AKSI MEMUKAU
SERTA KEKUATAN SRI ASIH ACCURATE KEPADA KOMIKNYA

Kehadiran Pevita Pearce menghiasi layar lebar dengan adegan aksi yang mampu membuatkan mata anda terpaku dan membuatkan latihannya selama berbulan bulan dimanfaatkan apabila dipersembahkan dilayar lebar kerana adegan aksi itu diambil dengan cermat berkat sinematografernya membuatkan adegan itu benar-benar hidup.Pevita bersama selendang merah magiknya dan juga kostum yang menarik perhatian digunakan untuk membanteras penjahat dan musuh ketat diadegan klimaks sangat sangat berjaya.Melihat Pevita , memang selayaknya dia melakonkan watak tersebut berbanding pelakon-pelakon Indonesia lainnya tidak hanya itu gerak geri Pevita dalam mempersembahkan gayanya , memang bersinar disini.Selain itu, Sri Asih disini ditampilkan dengan baik kerana kekuatannya dibuat mirip seperti didalam komik dimana Sri Asih boleh berlari laju,terbang,memilik selendang sakti,dan kekuatan klon.

PLOT YANG SEDERHANA TAPI LEBIH BAIK DARI GUNDALA

Sri Asih adalah sebuah filem yang straight forward walaupun ada beberapa plot twist yang bagi aku (kurang mengejutkan) kerana sudah dapat dirasai akan tetapi Sri Asih mempunyai cerita yang berangka dan dijaga rapi penceritaanya, berbanding Gundala yang terlalu banyak ingin disampaikan sehingga padat dalam durasi dua jam lebih.Sri Asih tidak lari dari permasalahan itu masih meninggalkan banyak tanda tanya dan persoalan tentang tradisi mitologi kuno dan beberapa cerita tentang karakternya yang kurang memuaskan.Sri Asih banyak belajar dari kesilapan Gundala membuatkan ianya bagus sedikit berbanding filem tersebut untuk menggerakkan karakter Alana sebagai Sri Asih yang seiring dengan ceritanya dan menendang pada adegan di klimaks.

Courtesy of Bumilangit 

KESAN VISUAL & SKOR MUZIK

Selain dari itu, yang banyak membantu filem Sri Asih ini menjadi fun & enjoyable adalah berkat kesan khas visual yang memukau dan mencapi standard untuk Asia.Tidak terlalu murah dan tidak terlalu bagus tetapi mencapai standard ala ala kesan visual dalam filem Morbius.Selain dari itu filem ini dibantu juga dengan skor muzik yang baik dari Aghi Narottama, Bemby Gusti dan lain lain kumpulan On The Roof yang menghadirkan skor ala superhero luar negara  yang berasa untuk filem adiwira.

EASTER EGG BANYAK & FAN SERVIS

Didalam filem ini kita diselingkan banyak easter egg,dari Gundala Putra Petir dan 5 orang askar Dewi Api yang harus dibangkitkan selain Ki Wilawuk ada beberapa lagi tidak dinyatakan disini kerana tidak mahu spoiler.Fan servis dibuat sehabis baik oleh Upi untuk filem adiwira yang berasa adiwira sama seperti kita menonton filem superhero luar negara.

ADEGAN MID-CREDIT & TRAILER VIRGO DIAWAL FILEM YANG SUPERHYPE

Adegan mid-credit di Sri Asih menghadirkan sosok pahlawan yang dulunya sahabat Gundala kini sudah meningkat besar lakonan (Chicco Jerikho) yang diperlihatkan sedang menumbuk dengan kekuatan supernya sehingga dua orang itu tercampak dan difokuskan kepada cincin sakti yang mengubahnya menjadi adiwira baru dalam dunia Bumilangit Cinematic Universe.Di awal filem Sri Asih penonton akan dipersembahkan dengan trailer filem adiwira yang ketiga arahan Ody C Harahap untuk Bumilangit Cinematic Universe iaitu patriot Taruna : Virgo & The Sparklings yang agak menjanjikan pahlawan adiwira remaja wanita yang mempunyai anggota band dan kuasa yang bakal menghancurkan kejahatan akan ditayangkan di pawagam Indonesia pada Januari 2023.

Courtesy of Bumilangit 

RATING : 7.5/10

Tonton trailer SRI ASIH disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post