Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

DONNIE YEN AKAN BERADA DI MALAYSIA UNTUK

MEMPROMOSIKAN FILEM WUXIA BLOKBUSTER "SAKRA"

27 Disember 2022, Kuala Lumpur – Bintang Antarabangsa Donnie Yen yang terkenal dengan watak Tuan Guru IP Man kini beralih wataknya kepada Tuan Guru Qiao Feng, seorang protagonis utama di alam kehidupan pemerintahan zaman Wuxia. Dunia Wuxia diciptakan oleh Louis Cha, seorang novelis legenda berbakat yang terkenal dan beliau merupakan seorang novelis terbaik yang telah menerbitkan pelbagai novel Wuxia termasuk siri novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils. Untuk memperkenalkan novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils pada masyarakat dunia, pelakon aksi terkenal Donnie Yen mengambil inisiatif mengadaptasikan novel tersebut ke layar perak dengan memberi tajuk baru SAKRA. Di dalam pembikinan filem aksi epik terbesar SAKRA ini, Donnie Yen menggalas tugas besar sebagai seorang Penerbit, Pengarah dan Pelakon.

Teruja menghasilkan filem SAKRA supaya menampakkan kualiti dan bermutu, Donnie Yen telah mengumpul satu pasukan produksi yang hebat dimana sebahagian dari mereka, pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set dan pereka pakaian terbaik, pengarah terbaik serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik. Mereka yang menyertai produksi filem SAKRA antaranya adalah pelakon aksi atlet sukan negara Wu Yue, pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai, pemenang pelakon wanita terbaik anugerah Filem Hong Kong Cya Liu, Cheung Siu Fai dan ramai lagi termasuk Penampilan Khas - Lui Leung Wai and Tsui Siu Ming. Pada 13 dan 14 Januari 2023, Donnie Yen akan membuat kemunculan di Malaysia untuk mempromosikan filem SAKRA dan jadual promosi adalah seperti berikut.

JADUAL PROMOSI FILEM SAKRA

Tarikh Masa Acara / Tempat

13hb Januari 2023

(Jumaat)


8.00 malam SESSI BERTEMU PEMINAT

LG Oval, 1 Utama Shopping Centre


14hb Januari 2023

(Sabtu)


3.00 petang SESSI BERTEMU PEMINAT


Lower Ground Floor, East Court, IOI City Mall


14hb Januari 2023

(Sabtu)


6.30 petang SESSI BERTEMU PEMINAT


Level 2, Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur


14hb Januari 2023

(Sabtu)


7.00 petang TAYANGAN GALA


DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur


14hb Januari 2023

(Sabtu)


8.30 malam TAYANGAN KHAS PEMINAT


MBO Cinemas Quayside Mall, Kota Kemuning


Sila simpan tarikh temu janji anda untuk bertemu Donnie Yen secara dekat di beberapa lokasi pertemuan diatas serta raikan Tahun Baru Cina awal bersamanya disamping berpeluang memenangi barangan eksklusif edisi filem SAKRA.

Filem SAKRA dibawakan oleh Pemilik Hakcipta Wishart Interactive Entertainment Co.,Ltd.dan Pengedar Antarabangsa Mandarin Motion Pictures Limited, diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. Filem aksi wuxia blokbuster SAKRA akan menemui pawagam pada 16 Januari 2023 dengan tayangan awal bermula pada 14 dan 15 Januari 2023.

Tonton trailer SAKRA disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post