Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

SEKUEL EPIK DAN INDAH DARI JAMES CAMERON

All images ©Disney. 

Setelah 13 tahun sejak Avatar 2009 dan filem sci-fi epik James Cameron kekal sebagai filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah kini kembali dengan sekuel terbaru.Adakah penantikan kami berbaloi?Terima kasih diucapkan kepada Walt Disney Malaysia kerana menjemput kami di Rekomen Filem untuk menjadi penonton yang terawal menyaksikan filem epik ini.

Jake Sully dan Ney'tiri telah membentuk sebuah keluarga dan melakukan segala-galanya untuk kekal bersama di Pandora. Walau bagaimanapun, mereka harus meninggalkan rumah mereka dan meneroka kawasan Pandora yang lain apabila sebuah ancaman mula mengancam mereka semua.Oleh kerana itu mereka terpaksa berpindah dan bertemu kaum lain.Akhirnya harus menentang musuh manusia yang menggerunkan.

REVIEW : 

PLOT YANG LEBIH TERSUSUN DAN KEMAS 

All images ©Disney. 

Walaupun plot "Avatar: The Way of Water," tiada yang istimewa dan apa apa yang terlalu baharu jadi pengarah James Cameron kembali membawa penonton mengeksplorasi dan menggali lebih dalam dunia Pandora, dan membuatkan anda hanyut dengan santai seperti diatas ombak lautan, sehingga kadang-kadang anda tidak berasa seperti anda sedang menonton sebuah filem.Teknologi 3D dengan fps (Frame Per Second) yang tinggi membuatkan pelbagai bingkai adegan yang dirakam terlihat pergerakkannya yang cantik dan lembut.

Sekuel kepada filem Avatar (2009) ini hadir dengan plot yang lebih tersusun rapi dan kemas sepanjang 3 jam 15 minit durasi berjalan.Kekurangan yang berlaku dalam filem pertama dapat dihasilkan sebaik mungkin oleh Cameron didalam filem sekuel menjadikan sekuel ini lebih menarik serta diperbaiki juga kekuatan penceritaan , yang akan membuatkan penonton terhanyut dalam durasi tersebut dan merasakan seolah-olah filem ini mempunyai durasi masa pendek sahaja.Tidak hanya itu Cameron disini membentuk karakter-karakternya untuk disayangi oleh penonton bagaimana karakter keluarga ini bersatu mengikut tradisi mereka terlihat aura dan roh itu yang 'hilang' di Avatar pertama yang kurang pembangunan karakter dan tidak berkepentingan atau terhubung dengan penonton.

All images ©Disney. 

LEBIH EMOSI & DISELITKAN KRITIKAN SOSIAL

Selain plot Avatar The Way Of Water yang menghiburkan penonton juga akan terkesima dengan lakonan para pelakon yang melontarkan emosi dengan baik dan jelas keihatan ketika adegan - adegan yang menyentuh hati atau aksi serta drama dan konflik yang menghantui keluarga merekaelemen kekeluargaan yang berjaya bersatu baik dengan penceritaan.Seperti biasa filem ini akan menerapkan unsur-unsur kritikan sosial tentang budaya, ketamakan manusia yang gila kepada pangkat kuasa dan harta dan menganiaya kehidupan liar dan sebagainya.

All images ©Disney. 

TAJUK YANG TEPAT & FOKUS UTAMA KELUARGA JAKE SULLY

Menggunakan tajuk The Way of Water sememangnya tepat dan ianya tidak menipu kerana kita akan difokuskan 100% terhadap Keluarga Jake dan Neytiri yang telah berkembang dari filem pertama dan kedua; diikuti dengan Neteyam (Jamie Flatters), Lo'ak (Britain Dalton), Tuk (Trinity Jo-Li Bliss) dan Kiri (Sigourney Weaver) yang sedang mencari rumah baharu setelah diserang.Penonton akan terikat dengan karakter yang menarik dari keluarga ini, bagaimana cara mereka berlindung antara satu sama lain,belajar untuk saling memahami, dan menyesuaikan diri apabila tiba dan bergabung dengan puak di lautan Metkayina Na'vi.Disini kita tidak akan dipisahkan dengan laut, kerana kebanyakkan adegan aksi-drama keluarga ini akan sering bersama dengan ombak lautan.

All images ©Disney. 

KEKURANGAN AVATAR THE WAY OF WATER

Kebanyakkan filem tidaklah sempurna, mungkin sempurna untuk diri sendiri bukan untuk semua orang bersetuju kerana filem juga adalah sesuatu yang subjektif.Filem kedua ini tidak banyak perbezaan dari filem yang pertama, dengan penjahat yang sama dikembalikan dan berakhir dengan adegan yang sedikit panjang serta babak itu akan terlihat seperi anti-klimaks,Penyuntingan untuk setiap adegan ke adegan didalam filem ini kelihatan tergesa-gesa dan kurang kemas, skor muzik yang sederhana dan berlebihan.Selain itu, babak-babak emosi hanya lalu seperti air, belum berkesempatan untuk mengeluarkan air mata adegan itu terus beralih dengan pantas ke adegan selanjutnya.

All images ©Disney. 

MEGA VISUAL & SEOLAH OLAH HIDUP DI LAYAR LEBAR

Filem ini masih konsisten memperlihatkan kesan grafik tinggi sama seperti filem pertamanya dan diteruskan lagi dengan advance technology di tahun 2022.Setiap bingkai gambar/adegan terlihat hidup ketika menontonnya dalam IMAX-3D.Selain dari itu, terpukau juga dengan keindahan lautan dan juga hutan yang divisualkan sebaik mungkin melalui shot yang diambil.Ianya seolah-olah nyata dan jelas dan dapat dirasakan ketika menonton, sangat membantu penonton untuk terus hidup dialam Pandora.

Avatar: The Way Of Water wajib ditonton dalam IMAX 3D (TGV CINEMAS) kerana penggunaan FPS yang tinggi membuatkan pergerakkan dalam filem ini kelihatan nyata lembut dan seolah-olah hidup didalam layar lebar.Sokongan audio IMAX akan membantu penonton untuk terus terbuai dengan adegan aksi panjang yang menarik dalam filem ini.

Rating : 8.5/10

Tonton trailer Avatar : The Way Of Water disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post