Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Courtesy of Viu Malaysia

Berakhir sudah 10 episode siri original terbaru Viu, HILANG arahan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi yang dibintangi oleh Khir Rahman,Aqasha,Siti Saleha,Jasmin Suraya dan ramai lagi.Sebuah siri penyiasatan yang digabungkan dengan supernatural.

Sinopsis

Menceritakan tentang Inspektor Munir (Khir Rahman) , penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Inspektor Munir bekerjasama dengan pegawai Chen Ai Yun (Cay) lakonan (Jasmine Suraya) , yang merupakan individu yang disukai dan dipercayai oleh pihak berkuasa di Seri Daik. Munir bertemu Yusof (Aqasha) , seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik. Disampung itu, watak utama Wangi (Siti Saleha) merupakan anak angkat kepada ayah Yusof, yang membesar bersama-sama Yusof. 

Review : 

Courtesy of Viu Malaysia

Hilang adalah salah satu siri original yang berkualiti dan antara yang baik pernah dihasilkan oleh pengkarya lokal.Dari sudut teknikalnya jelas siri ini tidak dibuat dengan main-main dan kesemua para pelakon memberikan persembahan yang baik terhadap karakter masing-masing.Menariknya, Kampung Seri Daik terlihat nyata dan kesemua karakter dapat berhubung antara satu sama lain.Kebiasaanya, kita jarang dapat melihat siri dipenuhi dengan karakter ini menunjukkan perkembangan yang jelas dan tidak mendatar lain di Hilang,pelbagai karakter ini dapat dihubungkan dengan baik dan jelas.

Membuat tema penyiasatan dengan memasukkan unsur ghaib atau supernatural tidak mudah, konsep ini telah dieksplorasi oleh Razaisyam Rashid melalui filem Pusaka, dan Hilang juga mempunyai tema yang lebih kurang sama dengan Pusaka tetapi haluan yang berbeza dan bagamaina cara melaksanakannya, itu yang membuatkan Hilang juga berbeza dari siri lain dan terlihat unik,Hilang secara dasar terlihat seperti drama Korea yang sering kali bermain dengan tema jenayah,misteri dan melibatkan seram serta thriller.

Misteri didalam Hilang terjaga rapi dari awal episod pembukaan, dimana masa lalu Inspektor Munir menyebakan adiknya mati disebuah busut misteri yang dipercayai penduduk Kampung Seri Daik berhantu dan membawa bala malapetaka kepada mereka.Setelah peristiwa tersebut kita akan dibawa kembali kemasa kini Kampung Seri Daik, dari POV (Point of View) Inspektor Munir yang menyiasat kes kehilangan terbaru di kampung tersebut dan bertambah misteri apabila karakter Yusof hadir kembali ke kampung tersebut dan mempunyai konflik rapat dengan Inspektor Munir.

Courtesy of Viu Malaysia

Segala-galanya makin tenat dan satu persatu penduduk kampung itu ditemui mati dan penyiasatan mereka semakin rumit melibatkan korupsi di organisasi polis yang berhubung kait dengan Dato Jamil & Dato Steven yang ingin projek pembangunan highway berjalan lancar.Selain permasalahan itu mereka dibelenggu dengan pembunuh yang misteri dikampung tersebut.Plot di episod pertama hingga pertengah sangat menarik untuk diikuti, walaupun sudah dapat meneka apa yang akan terjadi di episod selanjutnya dan disebabkan itu tontonan penulis di episod terakhirnya menjadi biasa dan tiada wow faktor yang hebat dipersembahkan.

Tidak tahu sama ada semua penulis naskah siri original ini sudah konfius untuk mengakhirinya dengan cara yang bagaimana atau ketandusan idea atau mungkin saja ingin meninggalkan segala persoalan dan memilih jalan mudah mengakhirinya dengan 'klise' dan membuat persoalan baru untuk kembali dengan musim kedua, kerana setiap karakter dan soalan demi soalan yang diberikan sudah pun kita dapat rasakan dipertengahan siri ini bergerak.Adegan yang paling diingati dan dan disukai terhadap siri ini dimana para forensik mengorek tanah berdekatan dengan lokasi busut dan menemui rangka korban yang banyak.

Masalah ini tidak jadi masalah kepada penonton baharu yang ingin berjinak dengan genre seperti ini,mereka mungkin dapat merasakan satu pengalaman baharu ketika penonton.Jika yang sudah biasa menonton genre sebegini dari Jepun,Korea,Sepanyol atau lain-lainya pasti sedikit kecewa dengan pengakhiran siri ini,boleh dikatakan episod pertengahan hingga ke akhir Hilang tidak konsisten bagaimana mereka memegang rahsia misteri dan membocorkan kepada penonton terasa sia sia dan membazirkan kerana tiada keistimewaan atau elemen kejutan lain yang dirasai dan mungkin sahaja 10 episode terlalu panjang untuk merungkai segalanya.

Courtesy of Viu Malaysia

Tetapi itu tidak bermakna siri Hilang ini tidak bagus, ada juga beberapa bahagian penceritaan dan misteri serta teknikal yang membuatkan kita ingin teruskan tontonan sehingga episode penamat.Sebagai produk lokal penulis amat berbangga dengan siri original Hilang yang menjadi salah satu original terbaik tahun 2022 selain One Cent Thief terbitan Astro Original.

Tidak hanya itu, Hilang menerapkan unsur islamik ,pegangan dan kepercayaan terhadap sesuatu yang kita patut percaya dan penonton akan dapat melihat perkara itu melalui setiap karakter yang ada dalam siri Hilang.Kesemua episode Hilang kini boleh distrim melalui aplikasi Viu.Satu perkara lagi OST siri sedap didengar dan membantu cerita menjadi lebih menarik.

Rating : 7.5/10

Tonton trailer HILANG disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post