I am known by many names.Stabby Tabby,El Macho Gato,
The Leche Whisperer.I am Puss In Boots!
Siapa sangka setelah 10 tahun , pahlawan mulus Puss In Boots kini kembali dengan filem sekuelnya yang lebih menarik dan baik yang akan menemui penonton pada 22 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia.Rekomen Filem menonton awal di TGV CINEMAS CENTRAL I CITY pada 17 Disember yang lalu kerana ada jualan tiket tayangan awal oleh TGV CINEMAS di beberapa lokasi istimewa dan ternyata tidak mengecewakan.Walaupun sasaran penonton filem ini adalah golongan kanak-kanak, tetapi berjaya menarik golongan dewasa untuk mengikuti perjalanan Puss yang diancam kematian ini.
Sinopsis :
Puss in Boots (Antonio Banderas) berpesta dan melawan seekor gergasi disebuah kota, melalui prolognya.Pesta itu berakhir dengan Puss dihimpit oleh loceng, yang menyebabkan dia mati. Semasa membuat rawatan bersama doktor, Puss diingatkan dia mempunyai sembilan nyawa, tetapi selepas kematiannya yang terbaharu, dia hanya mempunyai satu lagi peluang untuk terus hidup.Kini, Puss dhimipit dengan kelemahan yang ketara dalam jiwa dan hidupnya oleh kerana kematian yang mengejarnya.
Kini,Puss(Antonio Banderas) membuang panggilannya sebagai Puss in Boots, hidup sebagai kucing biasa, pertemuan dia bersama bintang ajaib memberinya harapan baru bahawa dia boleh berharap untuk lebih banyak nyawa dan memulihkan dirinya.Sudah tentu, bukan hanya Puss yang mencari bintang ini. Pihak yang bersaing antaranya bekas kekasih Puss iaitu Kitty Softpaws (Salma Hayek), ketua jenayah Goldilocks (Florence Pugh) dan tiga beruang yang dipanggil keluarga, dan Jack Horner (John Mulaney) yang mempunyai niat jahat.
Review :
Untuk sekuel yang mengambil masa lebih sedekad yang akhrinya tayang, Puss in Boots: The Last Wish mungkin menjadi wira yang diperlukan oleh DreamWorks Animation selama ini, malah lebih baik dari semua siri yang ada dalam francais Shrek.Terdahulu studio ini mengeluarkan The Bad Guys, gaya animasi mempunyai gaya unik dan personaliti tersendiri yang boleh dikatakan juga cemerlang dalam pelbagai aspek.Setelah Spider-Man: Into the Spider-Verse, tidak ketinggalan The Last Wish juga mengunakan konsep gabungan penggayaan lukisan tangan 2D dengan animasi CGI untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Pembikin filem Joel Crawford dan Januel Mercado serta pasukan animasi boleh menjadi kreatif dan menyebabkan banyak aksi menjadi menarik dan cantik.Ianya juga dapat membuatkan penonton dewasa hanyut kedalam cerita disebabkan lakonlayar dihasilkan hampir sempurna.Tiada adegan yang membosankan malah pelbagai adegan menarik dengan visual yang indah dipersembahkan dengan suntingan yang baik.
Puss in Boots: The Last Wish adalah salah satu filem paling gelap dan paling matang yang pernah dihasilkan oleh DreamWorks Animation selama bertahun-tahun, dengan tema tentang menghadapi kematian dan mengetahui beberapa kebenaran yang sukar untuk dihadam seperti fakta bahawa orang yang anda sayangi boleh mengkhianati anda, dan anda akan ditinggalkan bersendirian untuk melawan perasaan tersebut.Melalui rasa seperti itu sebuah karakter itu dapat meneguhkan kitar kehidupannya dengan mesej yang menggembirakan tentang bagaimana untuk menghargai hari-hari yang ada jika ada satu hari itu akan menjadi detik/hari terakhir ketika masih bernafas.
Filem ini sejujurnya lebih dari ekspektasi kami sebagai penonton, mungkin ianya kelihatan ringkas atau sederhana dari luaran tetapi ianya melanggar ekspektasi tersebut dengan memainkan tema kematian yang digali dengan lebih dalam .Awalnya ceria dari pertengahan hingga ke adegan klimaks lebih menujukan kepada orang dewasa yang membesar dengan Shrek bukannya peminat yang lebih muda yang belum dilahirkan ketika filem itu tayang di pawagam.Komedinya disusun dengan baik & tidak melebih-lebih sehinggakan emosi yang kuat menyatukan filem ini.The Last Wish bertujuan untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan yang menunjukkan masa depan yang penuh harapan dan cahaya untuk DreamWorks.
RATING : 9/10
Post a Comment