Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Sumber Netflix Malaysia & Netlfix Indonesia

Pengarah Indonesia yang terkenal selain Joko Anwar,Kimo Stamboel iaitu Timo Tjahjanto yang selalu hadir dengan isi cerita yang berbeza di Indonesia termasuk nuansa seramnya,dia juga mengarahkan antologi seram seperti The ABCs Of Death 2012, V/H/S/2 2013 dan V/H/S/94 2021.Tidak hanya itu namanya melonjak naik melalui gandingan bersama Kimo Stamboel dalam Macabre (Rumah Dara) sehingga wujudnya filem seram aksi lagak ngeri Sebelum Iblis Menjemput (May The Devil Take You).Pada tahun 2018 sekali lagi namanya disebut ketika The Night Comes For Us tayang di Netflix filem original Netflix global bersamanya, menjadikan dia bukan hanya pengarah yang fokus kepada seram malah pelbagai genre diatas kemampuannya.Sekarang kita akan melihat seorang Timo Tjahjanto, mengeksplorasi aksi dalam bentuk komedi yang bertajuk The Big 4, yang ditayangkan di Netflix sekarang sekaligus menjadi filem pertama bukan bahasa inggeris yang ditonton ramai orang.

Rekomen Filem diberikan kepercayaan sekali lagi oleh Netflix Malaysia, untuk menyertai sidang media bersama pelakon dan krew The Big 4. Semasa sidang akhbar itu, Timo Tjahjanto berkongsi kenapa beliau susah mencari pelakon kepada pelakon utama antagonis dan kepada Marthino Lio menjadi pilihannya.

"Mencari karakter ini memang susah untuk saya sebab karakter ini dia suka menari Salsa.Jadi saya teringat video ujibakat Marthino Lio jadinya dia dengan konfidennya mulakan tarian walaupun tiada lagu,dan perkara paling menarik adalah difilem ini karakternya dtunjukkan Pahlawan 1001 pisau,ketika dia mendapatkan perannya dia membuat pisau sendiri guna tangan sendiri dan beri kepada saya."

Tonton trailer THE BIG 4 disini

Post a Comment

Previous Post Next Post